in

Pelajar Hanya Ada RM5 Dipelawa Makcik Penjual Nasi Campur Baik Hati Untuk Makan Apa Saja

Nasi Campur 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya mereka yang pernah bergelar pelajar kolej atau universiti sahaja faham akan masalah kewangan yang dihadapi setiap hujung semester. Makan makanan segera seperti maggi ataupun mengikat perut dengan berpuasa untuk beberapa hari itu perkara biasa.


Namun apa yang dikongsikan seorang pelajar bernama Relina Redwan di laman Twitter ini sangat menyentuh hati. Perkongsian tersebut viral dan telah dikongsikan sebanyak 20k kali.

Screen Shot 2017 05 29 At 2.13.33 Pm
sumber: twitter

Ini apa yang diceritakannya:

Aku pergi Cafe Piyyah dengan duit aku tinggal RM5.”

Melihatkan kafe tersebut menghidangkan masakan lauk campur saja, dia bertanya kepada penjual yang merupakan seorang wanita warganegara Indonesia,

Kalau nasi, ayam dengan lauk, rasa-rasanya cukup tak RM5?”

Namun jawapan dari makcik tersebut membuatkan Relina tersentuh.

Ya Allah nak, ambil saja sayur ke, ulam ke, ayam lebih ke. Nanti makcik tambah ongkosnya (wang). Yang penting makan nak, jangan berlapar.” 

Imag0323
gambar hiasan – sumber: mkstreet

Melihatkan Relina sedang memegang nota untuk persediaan peperiksaan nanti, makcik tersebut menyambung kata-katanya lagi, “Ada peperiksaan ya petang ini? Makan nak, baru boleh jawab soalan nanti.” Baiknya hati makcik ni! 

Menurut Relina lagi, dia yang terdiam pada ketika itu tetap disuruh makcik tersebut untuk mengambil apa saja makanan yang ada untuk mengisi perutnya yang kosong. Malah semasa Relina sedang mengambil makanan, makcik itu datang dan menawarkan makanan lain pula.

Aku nak nangis! Baiknya makcik ni!”

Sa4
gambar hiasan – sumber: blogger

Wanita penjual makanan tersebut seterusnya memeluk Relina erat setelah dia selesai membayar makanannya. Dia juga sempat berpesan,

Belajar rajin-rajin nak, masa depan anak cerah tak seperti makcik ini. Jaga makan, kesihatan dan jawab peperiksaannya elok-elok.” 

Netizen yang tersentuh dengan tweet Relina mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman yang dialami mereka juga.

Saya juga pernah menjadi seperti dia semasa di zaman universiti dulu. Saya libatkan diri dalam bermacam-macam program di universiti hanya untuk dapat makanan percuma.” 

Beribu terima kasih buat makcik ini. Saya faham betul dengan apa yang dia lalui sebab saya dulu pun pernah macam tu juga.”

Syukur masih ada insan yang baik hati seperti makcik ini. Sama-samalah kita membantu antara satu sama lain.

Baca: Pengemis Minta Gadis Beli Makanan, Namun Apa Yang Gadis Ini Lakukan Buat Pengemis Menangis

Faye

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.