Pelajar 17 Tahun Merokok di Balkoni Hotel Maut Terjatuh Dari Tingkat 6

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Seorang remaja lelaki ditemui mati di hadapan sebuah hotel di Kampar baru-baru ini pada waktu awal pagi, lapor World of Buzz.

Difahamkan, lelaki berusia 17 tahun yang tinggal di Kuala Lumpur itu telah pergi ke rombongan bersama profesor dan 41 pelajar dari College University Group ke Kampar pada hari Jumaat. Kumpulan pelajar tersebut sedang menginap di sebuah hotel di Kampar ketika insiden mengejutkan itu berlaku pada waktu tengah malam.

Sumber: The Star

Menurut pihak polis, remaja itu telah memaklumkan kepada rakan-rakannya bahawa dia mahu keluar ke balkoni bilik untuk menghisap rokok memandangkan hotel tidak membenarkan tetamu untuk berbuat sedemikian di dalam bilik.



Selepas 20 minit, salah seorang pelajar memasuki biliknya untuk mencari lelaki itu tetapi tidak dapat menjumpainya. Pelik dengan situasi itu, mereka melihat sekeliling dan menjenguk ke bawah. Malangnya, ketika itulah mereka terlihat sekujur badan terbaring dan tidak bergerak di hadapan hotel berkenaan. Lelaki itu didapati telah terjatuh dari biliknya di tingkat 6 tanpa disedari oleh sesiapa!

Sumber: Oriental Daily

Remaja itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian sebelum menghantar mayat ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Mangsa didapati mengalami kecederaan parah disebabkan jatuh dari tempat yang tinggi. 

Polis berkata mereka tidak mengesyaki ada unsur jenayah dan mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Punca sebenar mangsa terjatuh dari balkoni juga tidak dilaporkan.

Semoga keluarga tabah dengan berita mengejut ini.

Baca: Remaja Ditemui Maut Terjatuh Bangunan di Stesen KL Sentral, Telefon Bimbit dan Dompet Tidak Dijumpai



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!