in

Pelajar 11 Tahun Jual Biskut Hasil Tangannya Demi Bantu Beri Dana Untuk Pemuliharaaan Penyu

Page1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih bersekolah dan berusia 11 tahun, namun Ahmad Iszuddin Ahmad Idzham sudah pun melibatkan diri di dalam misi yang besar.


Iszuddin telah memutuskan untuk menjalankan satu misi dengan menjual roti dan biskut dalam usaha membantu menyelamatkan penyu belimbing. Bagusnya!

Adik
sumber: instagram
Adik0
sumber: new straits times

Menurut Iszuddin, selepas menonton video di dalam kelas sains mengenai spesis itu yang semakin terancam, dia mula terpanggil untuk memulakan misi ini.

Saya menangis sebanyak dua kali menonton video itu dan apa yang saya mahu lakukan hanyalah membantu menyelamatkan mereka (penyu),” kata Iszuddin.

Iszuddin yang belajar memasak roti dan biskut dari ibunya mula menjinakkan diri dalam dunia perniagaan dengan membuka booth di beberapa acara pada hujung minggu. Malah, ada pembeli yang menghubunginya sendiri untuk mendapatkan biskut yang dijual.

Setakat 26 Mac lalu pelajar darjah 5 itu sudah berjaya mengumpulkan RM200!

Adik2
sumber: instagram
Adik1
sumber: instagram

Menurutnya, 20 peratus daripada keuntungan jualan akan disalurkan kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu di Terengganu. Iszuddin akan membuat sumbangan pertama daripada dana itu kepada persatuan berkenaan pada 15 April ini di Petrosains.

Ibu Iszuddin, Nor Azlina Ishak tidak ketinggalan membantu dan menyokong usaha anaknya itu dengan melawat Nor Azlina Ishak bagi mendapatkan maklumat tentang penyu belimbing serta proses pemuliharaannya.

Saya diberitahu, penyu belimbing tidak lagi mendarat di Semenanjung Malaysia. Sekali sekala sahaja, mereka akan berada di Sabah,” katanya.

Azlina, seorang penceramah motivasi dan suaminya yang bekerja sebagai seorang ahli perniagaan memberitahu bahawa mereka sentiasa menyokong minat dan usaha anak bongsunya itu.

Mum
sumber: new straits times

Iszuddin mempromosikan roti dan biskut yang dijual di akaun Instagram miliknya sendiri.

Rantau Abang pernah mempunyai populasi penyu bersarang terbesar di dunia dengan jumlah 10,000 ekor setahun. Penurunan mendadak berlaku disebabkan penggunaan telur oleh manusia serta pencemaran alam sekitar.

Beratus-ratus ekor cedera dan adakalanya terbunuh disebabkan sampah yang memenuhi kawasan laut serta alatan memancing seperti jaring.

Reptilia yang telah lama wujud itu, kini menghadapi masalah kepupusan.

Kepada semua orang di luar sana, mari kita berusaha bersama-sama dan menyelamatkan spesis terancam ini,” akhiri Iszuddin.

Adi
sumber: instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.