in

Pekerja Asing Kongsi Kisah Duka Ditipu Majikan, Dipaksa Bekerja dan Tinggal di Rumah Busuk

Pati10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pekerja Asing Kongsi Kisah Duka Ditipu Majikan, Dipaksa Bekerja dan Tinggal di Rumah Busuk
Loading
/

Pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengundang kemasukan banyak pekerja warga asing dalam industri pembinaan. Mereka masuk ke Malaysia dengan harapan untuk memperbaiki kehidupan, namun bukan semua yang dapat seperti apa yang diharapkan.


Baru-baru ini, The Star telah mendedahkan keadaan kehidupan pekerja warga asing di Malaysia. Pendedahan mereka telah membuka mata rakyat tentang kesusahan yang perlu mereka hadapi untuk mencari rezeki di Malaysia.

Wartawan R.AGE mendapati pekerja-pekerja asing ini telah dimuatkan di dalam ‘rumah’ yang sempit dan tidak bersih. Rumah-rumah ini digelar ‘kongsi’ oleh pekerja warga asing yang bekerja dalam industri pembinaan.

Pati1
sumber: the star
Pati3
sumber: the star

Apa yang menyedihkan, ia sepatutnya merupakan rumah kuarters untuk mereka sementara sedang membina rumah kondo di Klang Valley. Kongsi ini juga hanya disediakan tiga tandas sementara dan tidak mempunyai bekalan air bersih.

Masalah utama ialah kebersihan. Tandas sangat kotor dan kami menggunakan air yang sama untuk mandi dan minum,” kata Jamal, pekerja warga asing dari Bangladesh.

Pati4
sumber: the star
Pati2
Sumber: the star

Ribuan pekerja asing terpaksa tinggal di dalam kongsi kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai dokumen yang sah. Namun, menurut pekerja asing tersebut, bukan salah mereka untuk tidak mempunyai dokumen yang sah kerana kebanyakan mereka telah ditipu oleh ejen, majikan atau kolej.

Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pekerja asing yang telah ditipu dan datang ke Malaysia sebagai pelajar, tetapi telah dipaksa untuk membuat pekerjaan buruh dan tinggal di dalam kongsi.

Pati6
sumber: the star

Walau bagaimanapun, dalam keadaan kehidupan yang begitu, mereka tetap terus tinggal di Malaysia untuk bekerja kerana telah menghabiskan duit untuk datang ke Malaysia dan mempunyai hutang di kampung.

Produser kanan R.AGE, Elroi Yee yang turut serta dalam pendedahan itu berkata, sesuatu perlu dilakukan bagi membantu mereka memandangkan pembinaan bangunan Malaysia adalah dengan hasil titik peluh mereka.

Sekurang-kurangnya kita perlulah sediakan mereka tempat yang bersih dan selamat untuk mereka tidur.”

Dilaporkan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan kini sedang mencuba untuk mengubah keadaan ini. Mereka dikatakan dalam proses untuk meningkatkan standard tempat tinggal pekerja asing.

Kesian jugak kat diorang ni. Kerja berat-berat, tapi tempat tinggal teruk. Siap tak ada bekalan air bersih lagi. Hal macam ni lah punca penyakit berjangkit terjadi di Malaysia.

Baca: Gelandangan Kongsi Kisah Menganggur Kerana Lambakan Pekerja Asing Yang Dibayar Murah

Pati8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.