in

Payudara Remaja Lelaki Membesar Sejak Akil Baligh Kerana Makan Makanan Segera Berlebihan

Tetek Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua tahu, payudara perempuan semakin membesar apabila seseorang itu sudah akil baligh. Namun, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari Zhejiang, China menderita masalah payudara membesar sejak akil baligh di usia 13 tahun lagi. Lebih teruk lagi, hanya sebelah payudara sahaja yang mempunyai benjolan iaitu di bahagian kanan.


Menurut World of Buzz, remaja lelaki yang dikenali sebagai Xiao Yang itu sangat malu dengan saiz payudaranya yang tidak normal sehingga dia enggan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Tetek Lelaki1
sumber: china press

Sejak usianya 13 tahun, ibu bapa telah membawanya berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan dan perubatan bagi membantu keadaannya itu namun semuanya tidak berhasil.

Malah, payudara bahagian kanannya itu sudah membesar sehingga mencecah saiz bra A cup. Xiao yang sudah tidak tahan lagi telah pergi ke Hospital Wenzhou Central beberapa bulan lalu untuk mendapatkan konsultasi.

Menurut doktor, kes itu dikenali sebagai unilateral breast dysplasia yang diklasifikasikan sebagai pertumbuhan benigna dalam payudara dan dia disarankan untuk menjalani pembedahan pembuangan payudara.

Tetek Lelaki3
sumber: china press
Tetek Lelaki2
sumber: china press

Penyakit itu dikatakan sudah semakin kerap dilaporkan berlaku dan doktor tersebut turut berkata bahawa dalam masa satu tahun mereka telah menerima kira-kira 100 kes yang sama dari lelaki yang meningkat dewasa.

Selepas kajian dibuat, doktor mengeluarkan teori bahawa masalah itu berpunca dari amalan pemakanan yang tidak sihat atau kegagalan hati berfungsi.

Hal ini disebabkan banyak makanan, terutamanya makanan segera seperti ayam goreng mengandungi hormon yang akan merangsang penghasilan estrogen yang menyebabkan pembesaran payudara. Dan jika hati tidak berfungsi dengan baik, ia akan membawa kepada lelaki menghasilkan lebih banyak estrogen.

Jadi kepada lelaki di luar sana, kurangkan la pengambilan makanan segera dan makanan lain yang mengandungi estrogen.

Baca: Lelaki Terpaksa Tanggung Derita Penyakit Elephantiasis, Kaki Membengkak Seberat 60kg

Kaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.