in

“Patut ke aku give up dengan life?” – Peminat Mahu Bunuh Diri Lepas Berita Kematian Jonghyun

Pageshinee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia gempar apabila penyanyi K-Pop terkenal, Jonghyun daripada kumpulan SHINee dilaporkan membunuh diri di sebuah officetel pada 18 Disember lalu. Ramai peminat terkejut dengan kematian mengejut penyanyi itu sampai ada yang menangis berjam-jam meratapi pemergiannya.


Laporan kematian Jonghyun tidak dapat diterima peminat yang rata-rata berharap bahawa berita itu palsu. Dengan keluarnya kenyataan rasmi tentang insiden berkenaan daripada syarikat rakaman Jonghyun, seorang peminat setia dari Indonesia tidak dapat menahan kesedihan sehingga terfikir untuk turut membunuh diri!

Menurut Coconuts, gadis dikenali sebagai Devi tersebut yang baru sahaja kehilangan kedua ibu bapa merasa begitu sedih dan bertambah murung setelah menerima berita pemergian penyanyi kesayangannya.

Devi mendakwa dia ada mengambil bahan asing secara berlebihan dengan niat untuk meragut nyawa sendiri selepas memuat naik beberapa nota bunuh diri di laman Twitter.

“Patut ke aku give up dengan life sekarang sebab both ibu bapa aku dan Jonghyun dah tak ada? Ni buat aku stress la,” kata Devi dalam status yang dimuat naik di Twitter miliknya.

Shin5
gambar hiasan

Setelah status yang dimuat naiknya dilihat oleh peminat-peminat SHINee yang lain, mereka tampil memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Devi agar tidak meneruskan niatnya untuk membunuh diri.

Selepas insiden itu, Devi memuat naik satu status susulan memaklumkan semua bahawa percubaan membunuh dirinya gagal dan dia kini sedang menerima rawatan di hospital. Devi mengakui bahawa dia menyesal dengan tindakannya setelah menerima kata-kata sokongan daripada rakan-rakan peminat yang lain.

“Hello semua, saya Devi. First, saya nak ucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana beri saya kekuatan sehingga saat ini. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada kamu semua yang menyayangi saya dan sangat prihatin. Ia sangat bermakna buat saya.”

Shi1
gambar hiasan

“Tidak perlu bimbang lagi, keadaan saya sekarang semakin pulih dan akan sihat sepenuhnya tidak lama lagi. Saya kena berehat, saya nak cepat sembuh.”

Masalah depresi bukan perkara main-main. Ada orang nampak gembira tapi kita tak tahu apa yang mereka fikirkan. Sentiasa keluarkan kata-kata yang baik kerana siapa tahu anda boleh selamatkan nyawa individu seperti Devi! 

NOTA: Gambar atas kanan hanyalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Baca: 6 Momen Gembira Shinee Jonghyun Yang Takkan Dilupakan Peminat

Shinee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.