in

Terima Habuan RM1 Juta, Pasukan JDT Sepakat Salurkan Kepada Mangsa Banjir Pulau Pinang

Johor Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam Piala Malaysia pada Sabtu lalu masih lagi segar dalam ingatan penonton terutamanya penyokong pasukan itu. Hasil permainan bertenaga melawan pasukan Kedah membuahkah hasil apabila mereka berjaya menjuarai Piala Malaysia 2017.


Disebabkan kemenangan itu, pasukan JDT baru-baru ini dikejutkan dengan berita penghadiahan wang tunai sebanyak RM1 juta daripada kerajaan negeri Johor!

Atas menghargai prestasi cemerlang pemain dan pegawai JDT yang berjaya merangkul Piala Malaysia, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin memutuskan untuk memberi habuan bernilai RM1 juta kepada pasukan itu selepas menghadiri Exco Kerajaan Negeri, lapor Malaysian Digest.

“Imbuhan ini sebagai menghargai segala kerja keras pemain dan pegawai pasukan JDT yang berjaya merangkul Piala Malaysia.”

Johor
sumber: facebook

Namun, wang habuan itu tidak dibelanjakan sewenangnya oleh pasukan tersebut. Presiden JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim memaklumkan di Facebook rasmi bahawa kelab dan pemain JDT telah sebulat suara bersetuju menyalurkan wang hadiah tersebut sebagai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang. Alhamdulillah…

Tunku Aminah menegaskan bahawa sudah menjadi polisi kelab bola sepak JDT untuk memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti mangsa bencana banjir di Kelantan dan Pahang sebelum ini, serta mangsa gempa bumi di Sabah. Baguslah kalau macam tu, semoga diteruskan…

Putriaminah
sumber: malaysian digest

Menurut beliau lagi, Sultan Johor telah memperkenan untuk memberi ganjaran kepada pasukan tersebut namun pemilik Kelab Bola Sepak JDT, DYAM Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan kesemua pemain berbesar hati untuk mendermakan wang tersebut kepada mereka yang lebih memerlukan. Difahamkan, sumbangan itu akan disalurkan kepada mangsa banjir dalam masa terdekat ini.

Jdt2
sumber: mysumber

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan oleh pasukan JDT dapat membantu lebih ramai mangsa banjir dan mempercepatkan proses baik pulih negeri yang dilanda banjir itu.   

Baca: “All the haters are pund*k, gua champion s**l” – Safiq Rahim Maki Haters JDT

Sapik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.