in

Pasangan Suami Isteri Sering Alami Mimpi Ngeri Rupa-rupanya Terkena Sihir Pemisah Cicak

Sihir Cicak1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di zaman milenial ini masih ada segelintir masyarakat yang menggunakan ilmu hitam sebagai salah satu cara untuk membalas dendam kepada orang yang tidak disukai.


Baru-baru ini satu perkongsian di Facebook tular menceritakan pasangan suami isteri disihir oleh bomoh Siam. Menurut perkongsian itu, pasangan dari Sungai Besi ditimpa masalah yang sangat teruk sehingga hampir bercerai namun hubungan mereka berjaya diselamatkan selepas mereka mengetahui punca sebenar kepada semua permasalahan yang timbul.

Masalah bermula apabila makanan di rumah mereka kerap basi walhal baru satu jam dimasak. Tidak cukup dengan itu, mereka diganggu dengan mengalami mimpi-mimpi ngeri seperti dilayung dengan api, ditikam berkali-kali, jatuh dari tempat yang tinggi dan dipukul dengan besi panas.

Nasi Basi
gambar hiasan

Pasangan itu turut mengadu terasa lebam setiap kali bangun tidur seolah-olah mimpi yang mereka alami itu adalah kenyataan. Bimbang dengan keadaan mereka, pasangan itu berjumpa dengan doktor untuk merawat lebam yang dialami namun menurut doktor kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang penyakit.

Keadaan bertambah pelik apabila rumah mereka mempunyai terlalu banyak cicak sehingga tidak terkira. Merasakan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku, mereka bersepakat meminta bantuan perubatan Islam dari Iyra Shifa.

Sihir2
sumber: facebook

Seorang muallij (perawat) kemudian hadir ke rumah mereka untuk sesi merawat dan difahamkan ketika perawat itu mula membacakan ayat suci Al Quran untuk rawatan, mereka tidak sedarkan diri. Perawat itu kemudian memulakan sesi berdialog bersama ‘pesakit’.

Sihir1
sumber: facebook

Akhirnya barulah diketahui bahawa mereka berdua telah terkena sihir pemisah menggunakan cicak! Cicak itu berperanan untuk ‘memanaskan’ suami isteri tersebut agar sering bertengkar dan mempunyai masalah lain seperti mengalami mimpi-mimpi ngeri itu.

Sihir3
sumber: facebook
Sihir4
sumber: facebook

Pasangan tersebut kemudian diarahkan untuk menabur beras, garam dan lada hitam di sekeliling rumah. Sebaik berbuat sedemikian, cicak dilihat semakin banyak jatuh dan bertaburan dalam keadaan seperti hangus terbakar. Rumah mereka juga dilihat berasap selepas merenjis air yang telah dibacakan ayat Ruqyah oleh perawat sebelum itu.

Busuknya hati sampai sanggup amalkan ilmu sihir untuk runtuhkan rumah tangga orang lain!

Baca: “Dia milik aku, aku nak pisahkan dia dengan suaminya…” – Pasangan Baru Kahwin Disihir Bekas Tunang

Sihir 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.