in

Pasangan Suami Isteri Sebak Dengar Semula Degupan Jantung Anak Dari Penerima Organ

Carmen Markk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja tidak sedih bila anak sendiri meninggal dunia. Tambahan pula jika itu satu-satunya anak yang kita ada.


Dugaan itu dilalui pasangan suami isteri yang berasal dari George Town apabila mereka telah kehilangan anak tunggal mereka, Carmen Mark disebabkan penyakit ‘Arterial Rupture’ pada tahun 2015.

2 Years After Losing Their Daughter These Msian Parents Can Now Hear Her Heartbeat Again World Of Buzz 5
sumber: wob

Ketika itu, anak kepada pasangan Mark Kok Wah, 46 dan Ariess Tan, 43, sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejururawatan di Politeknik Nanyang, Singapura, lapor NST.

Keputusan untuk mendermakan organ Carmen merupakan satu keputusan yang sukar buat Mark dan rata-rata ahli keluarganya membangkang keputusan itu sewaktu melihat Carmen terlantar koma selama 25 hari. Pada ketika itu, mereka beranggapan bahawa Carmen masih ada harapan untuk sembuh.

2 Years After Losing Their Daughter These Msian Parents Can Now Hear Her Heartbeat Again World Of Buzz
sumber: wob

“Pada waktu itu, seorang doktor berpesan kepada saya bahawa ‘Allah lebih sayangkan Carmen’. Saat itu, saya tahu tiada apa yang boleh saya lakukan untuk anak saya.”

Mendengar kata-kata itu, Mark terus membuat keputusan untuk mendermakan organ-organ anaknya.

Kini, nyawa Carmen berada dalam lapan orang yang berbeza.”

Mark juga sering berkongsikan memori manisnya bersama Carmen di laman Facebook. Namun apa yang dia tidak sedar adalah bahawa salah seorang penerima organ Carmen, Serena Lee telah mengikutinya di media sosial tersebut.

2 Years After Losing Their Daughter These Msian Parents Can Now Hear Her Heartbeat Again World Of Buzz 2
sumber: wob

Menurutnya, Serena Lee telah mengikuti perkembangan Mark selepas membaca tentang kematian Carmen di dada-dada akhbar. Pada 4 Ogos yang lalu, pasangan suami tersebut sudah mula berhubungan dengan Serena dan mereka telah mewujudkan satu group whatsapp antara mereka bertiga. Pasti mereka rindu berkomunikasi bersama Carmen.

Dalam perbualan mereka itu, Serena meluahkan hasratnya untuk bertemu ibu dan bapa penderma organnya di jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di mana abu Carmen ditaburkan.

Mendengar perkhabaran tersebut, Mark berasa teruja dan sebak kerana selepas dua tahun, dia akhirnya berpeluang untuk mendengar semula degupan jantung anak tunggalnya itu. Sedihnya!

Dad
sumber: wob

Serena juga bersetuju untuk menyertai Mark dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang menderma organ mereka untuk menyelamatkan nyawa kerana usaha sebegini masih dianggap sebagai tabu di kalangan orang ramai.

“Sama seperti bagaimana Carmen selamatkan nyawa, kami berharap kami dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama.”

Betul tu! Ramai orang diluar sana tidak didedahkan dengan kebaikan menderma organ. Oleh itu marilah kita sama-sama mendaftar sebagai penderma organ!

Baca: Wanita Pelik Mengapa Bapa Pakai Baju Yang Sama Selama Lebih 20 Tahun. Rupa-rupanya…

Capture 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.