in

Pasangan Suami Isteri Bersalah Dengan 12 Pertuduhan Dera Pembantu Rumah Menyebabkan Kecacatan Kekal

Maid Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes dera dapat dilihat semakin berleluasa pada zaman ini, Bukan hanya kes dera suami isteri, anak-anak mahupun rakan tetapi kes mendera pembantu rumah juga sering berlaku. Seperti contoh pasangan suami isteri ini yang mereka didakwa mendera pembantu rumah mereka sehingga menyebabkannya kecacatan kekal.


Zariah Mohd Ali, 56, telah didapati bersalah dengan 12 pertuduhan manakala suaminya Mohamad Dahlan, 58, ditahan gara-gara memukul kepala pembantu rumah mereka, Khanifah menggunakan periuk leper.

Kes penderaan berkenaan telah dilaporkan berlaku di kediaman mereka di flat Woodlands antara bulan Jun dan Disember 2012, lapor Straits Times.

St 20170930 Eczariah 3456704
sumber: straits times

Khanifah, 37, yang berasal dari sebuah perkampungan di Indramayu telah berhijrah ke Singapura pada hujung bulan November 2011 untuk bekerja dan menjadi pembantu rumah pasangan tersebut merupakan kerja pertamanya.

Menurutnya lagi, mereka pada mulanya sangat akrab namun selepas 6 bulan bekerja, hubungan itu menjadi renggang. Zariah dan Dahlan mula melayannya seperti binatang dan memarahinya atas setiap kesalahan kecil.

Amah
sumber: beritaharian. Sg

Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan pasangan suami isteri itu kepada Khanifah adalah:

  1. Memukul belakang kepala Khanifah menggunakan penukul besi gara-gara tidak membersihkan tandas dengan bersih.
  2. Melibas telinga Khanifah menggunakan batang buluh.
  3. Memukul dahi Khanifah dengan menggunakan lesung batu.
  4. Menikam bahu Khanifah dengan menggunakan gunting lebih dari lima kali.
  5. Mengelar lengan Khanifah dengan menggunakan pisau kapak sewaktu dia sedang membersihkan ikan di dapur.
  6. Menolak jari kelingking Khanifah ke belakang hingga ianya patah.

Majikan jenis apa macam ni, kejam sangat. Memang tak layak ada pembantu rumah kalau layan macam binatang!

Apabila muka, kepala dan badannya dipenuhi kesam lebam dan luka, Khanifah dipaksa memakai seluar panjang, baju lengan panjang dan tudung jika perlu keluar pada waktu siang. Bukan itu sahaja, dia juga akan disolek oleh anak perempuan majikannya selain turut diberi kaca mata gelap.

Kelakuan Zariah dan Dahlan mula terbongkar saat dia menghantar Khanifah pulang ke kampung halamannya pada 19 Disember 2012. Kecederaan yang dialami oleh Khanifah telah disedari oleh pegawai Kedutaan Indonesia yang kemudiannya segera memfailkan laporan penderaan tersebut kepada pihak polis.

St 20160419 Eczariah2Yfe 2226649
sumber: straits times

Perbicaraan mengenai kes ini masih dalam perbincangan dan ditangguhkan sehingga 23 November bagi proses pendakwaan.

Kejamnya majikan dia ni! Harap-harap hukuman yang setimpal bakal dikenakan pada mereka.

Baca: Amah Tidak Tahan Didera Tinggal Nota Bunuh Diri Sebelum Terjun Bangunan

Bunuh Diriii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.