in

Pasangan OKU Penglihatan Kumpul Duit Selama 16 Tahun Untuk Tunai Haji Dengan Menjual Tisu

Haj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka dengan hanya menjual tisu pasangan ini mampu menunaikan haji hingga ke Makkah?


Meskipun mereka tidak sempurna seperti orang lain, pasangan OKU penglihatan ini gigih mencari rezeki biarpun dengan hanya menjual tisu di pasar tani hampir setiap hari.

Rohani Noh, 65 dan suaminya, Mohd Kenali Aziz, 80, telah mengambil masa selama 16 tahun dalam mengumpul wang untuk menunaikan haji dengan Tabung Haji (TH) pada tahun 2007, lapor Sinar Harian. Gigihnyaaa!

Walaupun mereka serba kekurangan dan mengambil masa yang lama untuk menabung, perkara tersebut sedikit pun tidak mematahkan semangat pasangan ini untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.

Haji
sumber: sinar harian

Malah pasangan ini juga mengakui pepatah orang lama, simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit itu ternyata benar!

“Makcik berniaga tisu je. Hasil jualan tisu dan sumbangan mereka yang prihatin dengan nasib insan cacat penglihatan seperti makcik membolehkan makcik dan suami menunaikan Rukun Islam kelima sama seperti umat Islam lain.”

“Betul cakap orang tua simpan sikit-sikit, nanti lama-lama jadi bukit. Alhamdulillah doa makcik selama ini dah dimakbulkan untuk jadi tetamu ALLAH di Tanah Suci Makkah.” 

1111
gambar hiasan

Rohani yang berasal dari Alor Akar ini mempunyai 21 orang cucu dan pernah juga membuat persembahan muzik di pasar tani tersebut. Baginya, semua ini dilakukan dengan satu niat iaitu untuk menunaikan haji.

“Makcik juga bersyukur dan terharu kerana dalam usia lanjut ini makcik dan suami tetap diberi peluang menunaikan haji dengan menggunakan hasil peluh kami selama ini,” katanya lagi.

Sungguhpun tawaran tersebut sampai agak lewat, Rohani dan suami ternyata berasa amat gembira kerana impian mereka menjadi kenyataan, tambah-tambah lagi mereka akan ditemani oleh dua anak iaitu Sayana, 42, dan Ani Sharil, 44 yang akan mengiringi mereka sepanjang menunaikan ibadah tersebut.

Pun begitu, Rohani terpaksa menggunakan kerusi roda semasa menunaikan ibadah di sana kerana kakinya tidak begitu kuat.

Sama seperti isterinya, Mohd Kenali yang gembira dengan tawaran itu terdahulu berdoa setiap hari supaya dia diberikan Allah peluang untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima ini.

Image4205
gambar hiasan

Bapa kepada 10 orang anak itu berharap agar dia dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menjalani rukun haji tersebut dengan sempurna.

“Bila dah dapat tawaran ini, memang gembira sangat-sangat walaupun jadi jemaah terakhir. Paling utama dapat kerjakan ibadah yang dituntut ALLAH,” kata Mohd Kenali.

Didoakan pasangan OKU ini dipermudahkan dalam mengerjakan haji. Semoga mendapat haji mabrur! Amin… 

Baca: “Doakan Keamanan Malaysia Terus Kekal” – Perdana Menteri Mohon Jemaah Haji Doakan Negara

Najibs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.