Pasangan Nyaris Maut Kerana Kereta Hyundai Tucson Tiba-tiba Terbakar

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa sangka kereta yang dalam keadaan baik boleh terbakar secara tiba-tiba. Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi di Facebook pengalaman apabila kereta Hyundai Tucson iX35 miliknya tiba-tiba terbakar.

Menurut Raymond Lum, dia dan isterinya bertolak ke Hatyai pada awal pagi untuk pergi bercuti dan telah tersekat di dalam kesesakan lalu lintas selama setengah jam sebelum sampai di sempadan Thailand.

Sumber: Facebook

 

Sumber: Facebook

Raymond memberitahu bahawa dia dan isteri berasa hairan kerana meraka tidak mengecas mahupun memasang pencucuh api tersebut. Melihat keadaan ini, Raymond bertindak memadamkan enjin dan segera keluar dari kereta tersebut memandangkan api marak dengan begitu pantas.



Setibanya di sana, mereka memarkir kereta di tepi jalan bagi urusan mengisytiharkan kenderaan dan mendapatkan cop pada pasport mereka.

Sekembalinya mereka ke kereta bagi meneruskan perjalanan, Raymond memberitahu bahawa isterinya terbau asap dari pendingin hawa kereta mereka. Tiba-tiba, asap didapati mula keluar dari situ serta dari soket yang digunakan untuk mengecas telefon bimbit.

Sumber: Facebook

Mereka berdua yang tidak mempunyai alat pemadam api di dalam kereta hanya sempat mengambil barang penting sebelum Raymond memberi amaran kepada kereta lain supaya beralih jauh dari kereta meraka.

Menurut Raymond, dia dan isteri bernasib baik kerana terdapat orang sekeliling yang membantu memadamkan api dengan alat pemadam api mereka meskipun usaha itu langsung tidak membuahkan hasil.

Tambahnya lagi, dalam masa lima minit sahaja, 80 peratus kereta Hyundai mereka telah terbakar. Dia turut menjelaskan bahawa api mula tercetus pada jam 11.45 pagi waktu Malaysia dan berjaya dipadamkan oleh bomba pada jam 11.55 pagi.



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Melalui entri yang sama, dia akui bersyukur kerana ketika kejadian, kereta tersebut dalam keadaan berhenti. Raymond hairan dan mempersoalkan bagaimana api boleh tercetus daripada kereta yang berada dalam keadaan baik serta meminta pampasan daripada pihak pengeluar kereta tersebut.

Sumber: Facebook

Sementara itu, Raymond turut mengingatkan orang ramai supaya memeriksa kereta mereka dengan teliti bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku kepada mereka.

Harap pihak berkenaan dapat memberikan penjelasan mengenai hal ini.

Baca: Perodua Kancil Terbakar Kerana Power Bank Ditinggalkan di Dalam Kereta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.