in

“Pancung kepala Iqram bongok tu” – Netizen Berang Iqram Dinzly Panggil Nabi Muhammad ‘Che Mat’

Kutuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari tahun lepas hinggalah masuk tahun baru ini, kisah Iqram Dinzly dan perubahan yang berlaku ke atas dirinya masih menjadi perhatian media dan netizen di media sosial. Walaupun ramai yang bersimpati dengan situasi dialaminya, ada juga yang mula meragui sikap yang ditonjolkan pelakon lelaki ini.


Terbaru semalam, Iqram Dinzly telah muncul secara live buat pertama kalinya dalam rancangan Melodi yang dihoskan Janna Nick dan Ajak Shiro. Namun kemunculannya dalam rancangan sensasi itu telah menimbulkan kontroversi apabila Iqram mendakwa gurunya dalam bidang agama ialah ‘Che Mat’.

Lebih mengejutkan, ‘Che Mat’ ialah kata ganti nama kepada Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi. Eh boleh ke main sebut nama nabi macam tu je? 

Melodi
sumber: instagram

Tonton video di sini.

Tindakan tidak berlapik Iqram itu telah mengundang teguran dan kecaman daripada Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary di Facebook. Ustaz tersebut dengan tegas mendakwa Iqram sebagai pelakon sampah kerana merendah-rendahkan panggilan kepada nabi. 

Screen Shot 2018 01 07 At 11.19.06 Pm
sumber: facebook

Tidak cukup dengan itu, netizen juga rata-rata mengecam tindakan Iqram dan menyifatkan kata-katanya tidak sepadan dengan perlakuan yang sedang dipertontonkan kepada umum. Hmm… macam mana ni Princhiqy? 

Net 1 Vert
sumber: youtube

Walau bagaimanapun, Iqram telah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram yang sekaligus menangkis kata-kata nista netizen dan ustaz tersebut terhadapnya. Dia juga memohon maaf sekiranya khilaf dalam berkata-kata dan mungkin orang ramai tersalah anggap dengan apa yang cuba disampaikannya.

Insat
sumber: instagram

Korang rasa macam mana? Mungkin Iqram tak sengaja kot, terlepas kata sebab dia dah betulkan sebutan Nabi Muhammad selepas ucap ‘Che Mat’. Apa-apapun hanya Iqram saja yang tahu…

Baca: “Seni dilayan seperti sampah!” – Iqram Dinzly Kesal, Rasa Diri Tak Dihargai

Iq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.