“Pakcik ada duit lain?” – Bapa Sanggup Beri Anak RM400 Meskipun Hanya Ada RM7 Untuk Dirinya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Jasa bapa bagi mendapatkan wang demi keluarga sepatutnya dihargai lebih-lebih lagi oleh anak-anak mereka. Benar kata orang, ibu bapa sanggup menjaga anak tidak kira berapa pun anak-anak mereka, tetapi anak-anak untuk menjaga mereka terasa amat payah sekali.

Baru- baru ini tular perkongsian tentang jasa seorang bapa yang sanggup bersusah payah memberi anaknya wang, meskipun wang di dompetnya hanya tinggal RM7.

Menurut perkongsian individu itu, sewaktu dia pergi ke bank untuk membayar hutang melalui cash deposit atm, terdapat seorang pakcik berseorangan berdiri di belakangnya. Dek kerana terlihat keadaan pakcik itu yang termangu-mangu, lalu dia bertanyakan sekiranya pakcik tersebut memerlukan sebarang pertolongan.



Gambar hiasan

“Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong. Hari ini cuti public dik..”

Daripada percakapan pakcik ini, dapat dilihat bahawa dia memang sentiasa pergi ke atm itu untuk memberikan anak-anaknya wang. Menurut pakcik itu pula, anak-anaknya sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa, Selangor.

Dalam perkongsian itu turut memberitahu bahawa pakcik tersebut memasukkan RM200 untuk anak pertamanya. Manakala wang yang sama tetapi kali ini ada RM10 sebanyak 5 keping, RM50 dan RM100 untuk anak keduanya. Semua duit itu berjaya dimasukkan ke dalam mesin, tetapi untuk RM100 terkeluar semula sebanyak dua kali. Lalu dia lantas bertanyakan,

Pakcik ada duit lain?”

Tak ada nak.”

Ketika pakcik itu membuka dompetnya untuk mencari wang lain, sempat dia menjeling ke dalam dompet pakcik tersebut. Apa yang menghibakan, pakcik itu hanya mempunyai RM7. Sedihnyaaaa!

Sumber: Facebook

Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya berjaya. Jelas riak lega pada wajah pakcik tersebut. Selesai sahaja urusan itu, pakcik berkenaan terus pulang. Dia teringin untuk tahu kenderaan apakah yang pakcik itu bawa ke sini. Memilukan, pakcik tersebut hanya membawa motor dan sanggup pergi ke atm dengan keadaan yang hujan renyai pada ketika itu.

Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga. Belajarlah sungguh-sungguh wahai anak-anak kepada pakcik itu”

Perkongsian itu turut titipkan nasihat agar semua pelajar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu untuk membalas jasa ibu bapa mereka kelak.



Jasa ibu bapa nilainya tidak terkata. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak mereka. Harap kita semua dapat memberikan kesenangan pada mereka kelak..

Baca: Netizen Puji Sikap Sabar Bapa Tetap Cool Layan Kerenah Anak Autisme Mengamuk di Mall

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.