in

“Orang Melayu nak niaga pun tak nak tolong” – Wanita Bengang Permintaan Buat Fake Testimoni Ditolak

Testimoni Tak Guna

Usaha anak muda zaman sekarang dalam menjana kewangan melalui perniagaan memang patut menerima pujian. Memang ramai sukses hasil titik peluh menjual produk buatan sendiri. Namun dalam ghairah berniaga, janganlah pula sampai menggunakan tipu helah dalam mendapatkan pelanggan.

Hal inilah yang didedahkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Farah Zakiah yang meminta orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan teknik iklan yang memaparkan testimoni pelanggan. Hal ini kerana testimoni daripada Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain-lain lagi boleh disunting dan dipalsukan. Alamak! 

Sebab tu aku tak percaya produk-produk yang guna testimoni WhatsApp ni. Ada ke nak bayar orang suruh buat fake testimoni? Tak kuasa I nak tolong! Boleh ambil tindakan tak kalau macam ni?” katanya.

Menerusi perbualan di antaranya dan peniaga tersebut, Farah mendedahkan bahawa peniaga itu dengan senang hati meminta khidmatnya untuk menyunting gambar WhatsApp bagi tujuan membuat testimoni palsu untuk sebuah produk baru yang masih tidak digunakan oleh sesiapa.

25158058 1779498465394990 3511899162605105176 N
sumber: facebook
25152190 1779498508728319 389812271514703464 N
sumber: facebook

Setelah Farah menarik diri daripada bersubahat melakukan ‘kerja’ tersebut, peniaga berkenaan berang dan menuduhnya tidak mahu menolong perniagaan bangsa sendiri.

“Orang Melayu nak niaga pun tak nak tolong. Bukannya aku tak bayar.” 

Memanglah cik akak bayar. Tapi kalau produk tak bagus lepas tu beri kesan buruk pada pelanggan macam mana? Baik tak payah terjebak kan! 

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan sesetengah peniaga yang tak beretika seperti ini. Tak rasa bersalah ke menipu pelangan?

Fake
sumber: facebook
Taktik 4
sumber: facebook

Tak halal kak rezeki yang dapat tu hasil menipu pelanggan. Jujurlah dalam berniaga. Ikuti sifat-sifat terpuji Nabi junjungan kita. Tak apa rugi sikit asalkan hasil niaganya halal! 

Nota: Gambar bahagian kanan di atas sekadar ilustrasi

Baca: Padah Beli Produk Online! Muka Wanita Ini Mula Membengkak, Pedih dan Kemerahan

Gsqgsahd