in

Orang JB Kini Boleh Tempah Teksi Melalui Aplikasi Baru, TeksiCoop!

Teksi Coop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Servis pengangkutan di Malaysia pada masa kini boleh dikatakan agak kompetitif dengan kemunculan aplikasi seperti Grab dan Uber. Disebabkan tidak mahu ketinggalan dengan arus pemodenan dalam menggunakan teknologi masa kini untuk membuat tempahan pengangkutan, teksi kini telah muncul dengan aplikasi TeksiCoop khas buat orang di Johor Bahru!


Menurut Sinar Harian, aplikasi e-Hailing TeksiCoop ini adalah cetusan idea Koperasi Kasturi Johor Bahru yang bekerjasama dengan syarikat Unireka Sdn Bhd dalam membangunkan aplikasi ini sejak dua tahun lalu.

Coop Pkcik
sumber: sinar harian

Terdahulu, pemandu teksi dikatakan telah berdepan dengan tekanan selepas kewujudan Grab dan Uber yang menjejaskan hampir separuh pendapatan lebih 5,000 pemandu teksi di Johor Bahru dan seluruh negara.

Menurut pengerusi koperasi, Samsul Kahar Osman, mengeluh dan tindakan memboikot perkhidmatan pengangkutan tidak akan membawa apa-apa faedah. Sebaliknya teksi haruslah bersaing dengan mengubah cara tradisional kepada sistem online.

“Kita tidak boleh terus-terusan berada di takuk lama, namun kita mohon pertimbangan agensi berkaitan teksi ini melakukan apungan dari syarat perkhidmatan dan membiarkan teksi bersaing dengan cara sihat dalam medium peruntukan yang sama seperti Grab dan Uber,” katanya.

TeksiCoop yang mirip aplikasi Uber dan Grab akan memaparkan nama pemandu, nombor telefon, kenderaan, pihak pengurusan, jarak dan nilai bayaran. Penumpang akan mendapatkan anggaran bayaran yang perlu dibayar kerana teksi masih terikat dengan surcaj RM2 dan penggunaan meter RM3 yang diikuti RM0.25 setiap 110 meter.

Coop 2
sumber: playstore

Selain itu, aplikasi ini juga memberikan maklumat kepada penumpang akan masa menunggu, jarak dan cara pemanduan dalam peta interaktif di samping pelanggan boleh memilih antara tiga jenis perkhidmatan iaitu teksi biasa, Teks1m dan Eksekutif seta menilai mutu perkhidmatan.

Samsul berharap penggunaan aplikasi ini mampu memberi impak positif buat pemandu teksi sebanyak 170 orang yang telah berdaftar.

“Tiada sebarang caj dikenakan, pemandu hanya memerlukan telefon pintar, data internet dan membeli kad top up serendah RM10 yang dimasukkan dalam e-Wallet.

“Manakala penumpang hanya perlu memuat turun aplikasi TeksiCoop di Apple AppStore dan Google Playstore dengan percuma bagi mendapatkan perkhidmatan,” katanya lagi.

Coop 3
sumber: playstore

So macam mana orang JB? Boleh pula cuba TeksiCoop ni! 

Baca: Aplikasi GRADUAN x Waze Memudahkan Penganggur Mencari Kerja. Muat Naik Sekarang!

Graduan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.