in

“Orang Cina susah, orang Melayu bantu. Orang Melayu susah, orang Cina bantu. Kita semua sudah gila…”

Bantu No Rasis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal aktivis sosial Kuan Chee Heng atau lebih popular dikenali sebagai Mr. Potato? Beliau telah membantu orang susah tanpa mengira bangsa dan agama, serta sangat terkenal dengan program rumah RM1 tidak lama dulu.


20525563 1751079778237117 6614944781562507668 N
sumber: facebook

Namun pada 5 Ogos lepas, Kuan telah berkongsi satu kisah mengenai seorang wanita Melayu yang mendermakan sejumlah wang kepadanya untuk membeli mesin basuh buat seorang kanak-kanak Cina.

Menurut Kuan di posting Facebook tersebut,

“Melayu gila sungguh. Kau membuat aku hiba. Malaysia is so great.” 

Dia juga menambah, “Orang Cina susah, orang Melayu bantu. Orang Melayu susah, orang Cina bantu. Orang India bantu. Kita semua sudah gila.” 

Masih tak faham apa yang sedang disampaikan Kuan Chee Heng? 

Tidak lama dulu Kuan pernah meletakkan satu posting berkaitan seorang budak lelaki Cina yang gigih membasuh pakaian emaknya. Namun belum sempat pun satu minit posting tersebut dikongsi, seorang wanita Melayu yang bernama Fauziah menghantar mesej kepada Kuan.

20525961 1757340624277699 1391842706629225144 N
sumber: facebook
20621231 1757340647611030 3546428515052699490 N
sumber: facebook

Menurut Fauziah dari perbualan di aplikasi WhatsApp, dia sanggup membeli mesin basuh buat kanak-kanak tersebut dan bertanyakan berapa mungkin anggaran harga bagi barang elektrik itu.

Kuan menganggarkan ia berharga RM600, namun wanita tersebut ingin memberi RM700 iaitu lebih RM100 kepada budak tersebut. Katanya, RM100 tersebut boleh digunakan untuk membeli sabun dan lain-lain.

20604630 1757002560978172 207859120756268793 N
sumber: facebook

Ini Malaysia sudah gila teruk. Mana ada rasisnya kita. Fauziah… you make me cry.” 

Susulan dari pemberian wang tersebut, Kuan telah membelikan budak lelaki berkenaan sebuah mesin basuh jenama Sharp yang berharga RM715. Menurutnya, budak itu tidak perlu lagi membasuh menggunakan tangan setelah dua tahun dia membantu ibunya melakukan pekerjaan tersebut. Untung mak dia ada anak baik macam ni…

20596960 1757341157610979 7966988778095077520 N
sumber: facebook
20622265 1757341177610977 7201398416002248860 N
sumber: facebook
20638297 1757340690944359 3336077919924039941 N
sumber: facebook
20621826 1757341144277647 6312825622712013909 N
sumber: facebook

Netizen rata-rata terharu dengan tindakan Fauziah dan Kuan sendiri yang membantu kanak-kanak tersebut. Malah ramai juga yang memberi pendapat bahawa rakyat Malaysia tidak pernah rasis tetapi politik yang menyebabkan hal jadi begitu. Err ye ke?

Kuan Komen 1 Vert
sumber: facebook

Apa-apapun tahniah kepada mereka yang sanggup membantu sesiapapun yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama dan bangsa mereka. Syabas semua! 

Baca: Lelaki Berhati Mulia Sediakan Perpustakaan Dengan Bayaran 10 Sen Pada Golongan Miskin 

Kuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.