in

Ngeri! Implan Tertonjol Gara-gara Ingin Berhidung Mancung Dengan Pembedahan Plastik Murah

Fi Nose Job2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Beauty is pain.” Itulah frasa yang sering disebut terutamanya para wanita yang sanggup menerima dan menahan prosedur yang menyakitkan untuk menjadi lebih cantik.


Namun, wanita ini terpaksa melalui kesakitan berganda selepas tersalah memilih klinik yang menawarkan perkhidmatan pembedahan plastik murah bagi mendapatkan rupa yang diingini.

Menurut mStar, seorang wanita Thailand yang enggan dikenali telah berkongsi gambar pembedahan hidungnya yang tidak menjadi gara-gara tidak menyiasat latar belakang klinik tersebut terlebih dahulu.

Nose Job1
sumber: mstar

Klinik yang terletak di bandar Hat Yai, selatan Thailand ini telah menawarkan pembedahan hidung pada harga yang murah, sekaligus menarik minat wanita tersebut untuk menjalani pembedahan plastik di situ.

Prosedur pembedahan tersebut melibatkan teknik implan silikon pada bahagian hidungnya untuk kelihatan lebih mancung. Walau bagaimanapun, mangsa telah mengalami jangkitan yang menyebabkan keradangan di bahagian tersebut. Uishh…

Nose Job2
sumber: mstar

Bukan itu sahaja, wajahnya juga tidak dapat menerima pembedahan itu dan menyebabkan implan yang dimasukkan telah tertonjol keluar di bahagian atas hidungnya, di antara mata kanan dan kiri. Alamak…

Terkejut dengan keadaan yang menimpa, mangsa telah pergi ke klinik tersebut semula bagi mendapatkan nasihat dan rawatan. Namun, mereka enggan membantunya dan memberitahu pihak media bahawa mereka tidak bertanggungjawab atas prosedur yang gagal. Macam tu pulak?

Mangsa berkenaan terus merayu simpati akan keadaannya dan bernasib baik kerana sebuah klinik pembedahan plastik di Bangkok telah bersetuju untuk merawatnya serta mengeluarkan implan silikon tersebut tanpa sebarang bayaran. Nasib baik!

Nose Job4
sumber: mstar

Doktor telah berjaya mengeluarkan implan itu daripada hidungnya walaupun masih belum jelas bagaimana mereka membaiki wajahnya yang sudah berlubang.

Nose Job3
sumber: mstar

Pengalaman ngeri yang dialami wanita ini merupakan pengajaran dan amaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya untuk memeriksa latar belakang klinik pembedahan plastik sebelum mengunjungi dan bersetuju untuk menjalani pembedahan pengubahan wajah itu.

Bahaya oi..  Hargailah ciptaan Tuhan. Kan dah lawa dengan wajah sekarang tu! 

Baca: Lelaki Buat 7 Prosedur Pembedahan di Malaysia, Meninggal Tak Sampai Seminggu!

2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.