Netizen Terhibur Gelagat ‘Abah’ dan Rimau Berbalas Tweet Saling Mengusik Satu Sama Lain

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bersempena Sukan SEA ke-29, jawatankuasa penganjur telah memilih Rimau sebagai maskot rasmi bagi acara ini. Diinspirasikan dari Harimau Malaya, maskot ini sering membuat penampilan di setiap acara sukan yang dipertandingkan sepanjang Sukan SEA berlangsung.

Sumber: Malaysian Digest

Gelagat Rimau yang menghiburkan serta munculnya akaun Twitter dengan nama @rimaumalaysia bersama tweet yang lucu telah memeriahkan lagi suasana Sukan SEA yang bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi.

Selain dari memberikan ucapan tahniah buat atlet yang memenangi pingat emas dan memuat naik beberapa buah video dirinya di acara sukan yang berlangsung, Rimau juga sering dilihat bergambar bersama gadis-gadis disertai dengan caption yang lucu.



Salah satu tweet Rimau yang menarik perhatian netizen dan dikongsikan sebanyak 4,000 kali berbunyi, “Susahnya nak jaga halal gap dimuat naik dengan gambarnya bersama seorang gadis manis.

Sumber: Twitter

Namun apa yang lebih menggelikan hati, tweet tersebut telah mendapat respon Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau kini lebih dikenali sebagai ‘Abah’ yang menegur perbuatan Rimau itu.

Khairy membalas, “Tangan tu” sambil merujuk tangan maskot tersebut yang kelihatan hampir menyentuh payudara gadis tersebut. Tweet berkenaan telah mendapat 30,696 perkongsian di Twitter. Wow! Ramai yang suka ‘Abah’ tegur Rimau ye!

Sumber: Twitter

Malah Rimau juga pernah mencabar pengikutnya dalam satu tweet yang berbunyi, “1000 RT kalau nak tengok #rimau berenang!” 

Sumber: Twitter

Tweet tersebut telah mendapat 6,000 perkongsian dan ‘abah’ sempat merespon dengan mengatakan, “Dah 1000 lebih Rimau. Jangan sembang je.”



Sumber: Twitter

Ye ye je Rimau ni kan! 

Bukan Khairy saja yang sering mengusik Rimau, Twitter rasmi agensi berita Bernama juga turut serta membalas tweet lucu Rimau.

Sumber: Twitter

Kemenangan pasukan Malaysia ke atas Indonesia pada perlawanan bola sepak hujung minggu lalu juga menarik perhatian Khairy untuk terus mengusik Rimau dengan tweet seperti berikut.

RT for Thanabalan. Fav (Favourite) for #Rimau. Abah nak balas dendam poll si Rimau tadi yang Abah kalah.” 

Ternyata netizen lebih menggemari Thanabalan, jaguh bola sepak negara dari Rimau yang mendapat 21,000 retweet berbanding 12,000 favourites di posting tersebut.



Sumber: Twitter

Pada Ahad lalu, Menteri Belia dan Sukan itu kembali memuat naik dua gambar di akaun Twitter miliknya yang menunjukkan sekumpulan penonton di stadium teruja untuk bergambar dengan Rimau dari Khairy yang hanya berdiri sendirian memerhati kumpulan penonton tersebut dari tepi.

“Abah dipinggirkan,” tulisnya dalam tweet tersebut. Kesian abah!

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Aik ‘Abah’ jeles dengan Rimau ye? Ramai peminat Rimau ni! 

Pun begitu, menurut deskripsi pada akaun Twitter Rimau, akaun tersebut hanyalah akaun parodi yang dicipta oleh peminat yang tidak dikenali. Kesahihannya masih menjadi tanda tanya.

Sama ada itu betul Rimau atau tidak, kita tetap terhibur kan? Jom #BangkitBersama untuk menyemarakkan lagi acara Sukan SEA yang bakal berakhir pada 30 Ogos ini. 

Baca: Putera Mateen Tetap Menang di Hati Peminat Walaupun Tewas Dengan Pasukan ‘Abah’ KJ

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!