in

Netizen Sebak Melihat Kanak-kanak 4 Tahun Tanggung Derita Kanser Tisu Saraf Tahap 4

Pageadam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alam kanak-kanak adalah alam yang paling menggembirakan untuk kebanyakaan orang di luar sana. Tetapi lain pula dengan Muhammad Adam Rayyan dari Sungai Petani yang baru berusia 4 tahun namun sudah terpaksa menanggung derita penyakit yang sangat kronik. Siapa sangka kanak-kanak seceria ini menghidap kanser?


Adam3
sumber: safiyyah osman

Walaupun baru berusia empat tahun, mungkin ramai yang menyangka kanak-kanak seawal usia itu tidak mungkin sudah menghidap penyakit yang merbahaya tambah-tambah lagi kanser. Namun itulah hakikatnya apabila Adam telah disahkan menghidap kanser neuroblastoma di usia muda, lapor Harian Metro.

Adam5
sumber: safiyyah osman

Kanser neuroblastoma adalah sejenis kanser tisu saraf dan merupakan barah paling utama yang kerap ditemui dalam kalangan bayi berusia di bawah 5 tahun, lapor myHealth. Namun begitu, kanak-kanak yang lebih tua daripada usia itu juga tidak terlepas daripada bahaya barah ini.

Adam2
sumber: safiyyah osman

Menurut Safiyyah Osman, sewaktu Adam sering demam, mengadu sakit kaki dan turun berat badan secara mendadak, pelbagai andaian telah dibuat oleh doktor. Antaranya adalah Adam mungkin menghidap penyakit kencing tikus atau kurang zat besi. Namun, ternyata apa yang dialaminya adalah lebih teruk lagi.

Adam merupakan anak kepada Pembantu Penguat Kuasa JPJ, Muhamad Nasir Ishak yang bertugas di JPJ Sungai Petani. Pengarah JPJ Kedah, Isma Suhaimi Sharif bersama beberapa orang rakan pegawainya sempat meluangkan sedikit masanya untuk melawat Adam semalam.

Adam7
sumber: safiyyah osman
Adam1
sumber: harian metro

Apa yang saya tahu, sebelum ni Adam tak boleh pejam mata tetapi sekarang sudah boleh. Ini membuktikan dia berjaya melawan penyakitnya.

Sejak akhir-akhir ni berat badannya agak susut dan matanya masih tersembol. Kami doakan supaya keadaan Adam kembali pulih seperti sedia kala,” kata Isma.

Adam4
sumber: safiyyah osman
Adam11
sumber: safiyyah osman

Turut memberikan sumbangan wang dan makanan kepada keluarga kanak-kanak itu, Isma memberitahu bahawa Adam kini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan kimoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi merawat penyakitnya.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Adam. Kita doakan semoga kanak-kanak ini cepat sembuh dan boleh kembali riang bermain seperti orang lain.

Baca: Kanak-kanak Derita Barah Hati Menangis Mahukan Ibunya Tanpa Ketahui Dia Telah Ditinggalkan

Nangis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.