Netizen Puji Tindakan Pantas Pekerja Kedai Serbaneka Lindungi Pelanggan Ketika Gempa Bumi

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pada 15 November yang lalu, negara Korea Selatan telah dikejutkan dengan gempa bumi yang kuat di bandar Pohang sehingga ada yang melaporkan Bandar Seoul juga turut merasa gegaran tersebut. Gempa bumi yang berukuran 5.4 pada skala Richter telah dicatatkan sebagai gempa bumi kedua yang paling teruk pernah berlaku di negara tersebut.

Kebiasaannya, dalam keadaan bahaya, mesti naluri kita akan utamakan keselamatan diri terlebih dahulu sebelum orang lain. Namun, lain pula yang terjadi di sebuah kedai di Korea apabila seorang pekerja lelaki mengutamakan keselamatan pelanggan daripada dirinya sendiri.

Menurut Nextshark, tindakan berani lelaki ini telah dirakam melalui kamera CCTV dan telah disiarkan di berita Channel A News (Korea) dan turut dikongsi di saluran YouTube berita tersebut. Video itu dilaporkan telah mendapat sehingga 80,000 tontonan serta komen-komen positif daripada netizen.



Melalui video itu, dapat dilihat keadaan menjadi huru-hara ketika gempa bumi berlaku. Kamera CCTV bergegar dengan teruk dan barang-barang yang terletak di atas rak juga jatuh akibat gegaran yang kuat.

Sumber: YouTube

Semua pelanggan dan pekerja sibuk mencari tempat perlindungan di bawah meja, namun, mungkin kerana panik, dua orang pelanggan perempuan hanya menunduk di hadapan kaunter pembayaran. 

Melihat kejadian ini, pekerja itu terus mengambil bakul di atas kaunter dan memegangnya di atas kepala kedua wanita tersebut. Dia bertindak begitu bagi mengelak serpihan siling yang jatuh akibat gegaran kuat terkena kepala mereka.

Apa yang lebih mengagumkan netizen ialah, sepanjang dia melindungi wanita tersebut, dia langsung tidak melindungi dirinya sendiri. Bagusnya lelaki ni….

Sumber: YouTube

Apabila ditemu bual wartawan, lelaki ini berkata dia bertindak begitu selepas melihat perempuan itu dalam ketakutan.



Ketika itu gegaran sangat kuat dan saya tidak tahu apa yang berlaku. Kedua-dua pelanggan tersebut kelihatan sangat takut, saya fikir mereka mungkin akan tercedera sekiranya ada sesuatu yang jatuh di kepala mereka.”

Rata-rata netizen memujinya kerana membantu orang lain. Mereka juga mengagumi anak muda itu kerana berani dan tidak mementingkan diri sendiri. Tiada kemalangan nyawa dilaporkan berlaku dalam kejadian gempa bumi tersebut. Nasib baik…

Dalam keadaan panik macam tu, dia fikir orang lain dulu sebelum diri sendiri. Memang tabik spring!

Baca: “Hanya Tuhan mampu balas jasa encik” – Mangsa Banjir Terhutang Budi Bilal Sudi Beri Bantuan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.