Netizen Puji Sikap Profesional KJ dan Nurul Izzah Ketepi Sentimen Politik Demi Malaysia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Meskipun berlainan parti politik, sikap profesional ditunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar baru-baru ini menerima pujian dari rakyat Malaysia.

Kedua-dua mereka telah mengetepikan sentimen politik dan kepartian demi Malaysia ketika menyokong pasukan bola sepak negara di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Sumber: Twitter

Swafoto bersama Nurul Izzah telah dimuat naik oleh Khairy Jamaluddin di laman Twitter miliknya dan gambar tersebut serta merta menjadi tular sehingga mendapat lebih 21,000 retweets dan lebih 24,000 likes.



Tidak ada (perbezaan) parti malam ini, hanya Malaysia.”

Sumber: Twitter

Melalui gambar itu, Khairy dilihat mengambil swafoto bersama Nurul Izzah yang sedang duduk dan Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin turut kelihatan di dalam foto tersebut.

Lebih menarik perhatian netizen adalah apabila Nurul Izzah sendiri telah berkongsi gambar itu di laman Twitter miliknya.

“Terima kasih untuk perpaduan ini. Perlawanan yang sangat hebat, jumpa lagi pada perlawanan akhir,” balas Nurul Izzah.

Sumber: Twitter

Kebanyakan netizen memuji sikap profesional mereka dan tidak lupa kesungguhan masing-masing memberikan sokongan untuk negara.

“Terbaik YB Izzah, walaupun berlainan parti politik, tetapi YB sentiasa turun padang untuk memberikan sokongan utk negara.”



“Terbaiknya caption YB (Khairy Jamaluddin).”

“Sebab itulah abah terbaik, sebab abah lebih sukakan kita semua bersatu ketika (temasya) sukan.”

“Bersatu dalam sukan, itu yang kita mahu. Syabas dan tahniah buat kedua-dua YB idola anak-anak muda.”

Betul tu! Kagum dengan sikap profesional mereka berdua yang sudah semestinya harus dicontohi ahli-ahli politik yang lain. Ayuh #BangkitBersama beri sokongan kepada pasukan bola sepak di perlawanan akhir esok!

Baca: Netizen Terhibur Gelagat ‘Abah’ dan Rimau Berbalas Tweet Saling Mengusik Satu Sama Lain



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!