in

Netizen Puji Ibu Kanak-kanak 7 Tahun Berjaya Didik Anak Solat Dengan Sempurna

Surau Feature 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak mudah sebenarnya untuk mengajar kanak-kanak yang masih kecil untuk solat, apatah lagi dengan sempurna perlakuan dan niatnya. Hanya ibu bapa yang sememangnya tegas dalam soal ini yang berjaya. Tambahan lagi, sukar untuk kita lihat di surau atau masjid awam ada kanak-kanak yang solat bersama ibu atau bapa mereka.


Solat 6
sumber: facebook

Tetapi berbeza dengan kisah ini di mana tular satu perkongsian di Facebook, di mana seorang wanita telah berkongsikan pengalamannya melihat sendiri kanak-kanak seusia anaknya solat seorang diri tanpa ditemani sesiapa. Wow!

“Dia cabut socks and tudung terus pergi berwudhuk. Lepas tu dia pakai balik tudung and socks and ready nak solat”

Menurut Radhiya, pada waktu itu dia sedang berhenti di Petronas bagi mendirikan solat Maghrib. Setelah selesai solat dan pada waktu itu dia sedang memakai tudung, muncul seorang budak perempuan yang berusia dalam lingkungan 7 tahun masuk ke dalam surau tersebut.

“Ya aunty. Mama dalam kereta kat luar sebab mama tak boleh solat.”

Solat
sumber: facebook

Tambah Radhiya, budak perempuan itu hanya berseorangan tanpa ditemani sesiapa pun. Menurutnya lagi, ibunya pada waktu itu sedang uzur maka dia terpaksalah solat berseorangan.

“Kalau tak berani aunty teman..”

Radhiya tertarik dengan sikap anak kecil itu yang berani dan sopan, jadi dia mengambil keputusan untuk menunggu budak perempuan itu sehinggalah dia selesai bersolat.

Ketika budak perempuan tersebut sedang solat, dia memerhatikan segala gerak anak kecil itu.

Geraknya penuh tertib. Ada toma’ninah dan sempurna solatnya.

Solat 1
sumber: facebook

Tanpa disedari, air matanya mengalir ketika sedang melihat anak kecil itu solat. Katanya, dia terkenangkan masa lalu ketika seusia dengan anak ini, dia tidaklah sehebat anak kecil itu.

After dia sudah siap berdoa, i held her hand to send her back to her car. Her mom opened the window

Radhiya juga mengambil keputusan untuk menghantarnya hingga ke kereta kerana bimbang akan keselamatannya di samping sebenarnya mahu melihat sendiri wajah ibu kepada anak kecil ini.

Tahniah kak.. Berjaya mendidik anak akak agar menegakkan tiang agama.”

Radhiya memuji sikap wania itu kerana telah berjaya mendidik anaknya itu agar sentiasa patuh dengan suruhanNya. Salute!

Harap ibu bapa di luar sana dapat jadikan kisah ini sebagai inspirasi untuk mendidik anak bukan sahaja untuk duniawi malah untuk akhirat 🙂

Baca: Gadis 13 Tahun Tetap Cemerlang Walaupun Sibuk Menguruskan Bapa Lumpuh Setiap Hari

736 1510047823

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.