in

Netizen Prihatin Che Ta Sering Menggayakan Anak Dengan Pakaian Seksi, Bimbang Keselamatannya

Aisyah F1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal anak perempuan kesayangan Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana yang comel tu? Tingkah lakunya yang selamba dan petah dalam berbicara membuatkan Aaisyah sering mendapat perhatian selain anak artis yang lain seperti Lara Alana dan Yusuf Iskandar.


Pun begitu, baru-baru ini foto Aaisyah yang mengenakan pakaian bikini sambil lepak di tepi kolam renang telah mendapat perhatian netizen. Menurut netizen, pakaian yang dipakai Aaisyah terlalu seksi dan terdedah sehingga ada yang berpendapat ia mungkin mengundang perkara yang tidak elok.

Aisyah 1
sumber: instagram

Sungguhpun Aaisyah kelihatan comel dengan gaya selambanya bak model di tepi kolam renang, namun netizen berpendapat dia mengundang perhatian pedofil dan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Che Ta 1
sumber: instagram
Che Ta 3
sumber: instagram

Malah ada juga yang menegur bahawa Che Ta sepatutnya sudah mula mengajar Aaisyah untuk berpakaian sopan supaya anak kecil ini mudah dibentuk untuk memakai pakaian menutup aurat apabila besar nanti.

Che Ta 2
sumber: instagram

Ada benar juga kata netizen tu!

Walau bagaimanapun, masih ramai yang teruja melihat kecomelan anak kecil ini yang beraksi bersama teman di tepi kolam renang. Berikut gambar-gambarnya dari Instagram:

Aisyah 2
sumber: instagram
Aisyah 3
sumber: instagram
Aisyah 4
sumber: instagram
Aisyah 5
sumber: instagram
Aisyah 6
sumber: instagram

Harapnya Che Ta janganlah marah bila netizen komen-komen macam tu. Mereka tegur sebab mereka sayang Aaisyah, kan? 

Baca: Ustazah Tular Di Media Sosial Gara-gara Rupa Paras Seperti Pelajar Sekolah

Cantik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.