in

Netizen Mengamuk Ramai Jual Semula Tiket Perlawanan Akhir Bola Sepak RM150 Sekeping

Tiket Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bakal melabuhkan tirai dan semangat rakyat Malaysia semakin berkobar-kobar untuk menyokong dan menyaksikan perlawanan paling dinati-nantikan, perlawanan akhir bola sepak di antara Malaysia dan Thailand yang bakal berlangsung esok malam.


Sedari awal pagi, peminat tegar bola sepak sudah berkampung kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir yang mula dijual pada jam 11 pagi tadi.

Tular di media sosial gambar-gambar yang menunjukkan rakyat Malaysia membanjiri kawasan luar Stadium Shah Alam, malah barisan dikatakan menjangkau sepanjang 5 kilometer.

Memang ramai gila wehhhhh!

Kaunter1
sumber: twitter
Kaunter2
sumber: twitter

Namun,, menjelang petang satu isu lain menjadi tular dan mendapat perhatian netizen di mana beberapa individu yang berjaya membeli tiket perlawanan akhir itu menjual semua dengan harga lebih tujuh kali ganda! Gilaaaa!

Sekeping tiket dikhabarkan berharga RM21.20 (termasuk GST). Namun, di Carousell, ramai individu menjual semula dengan harga sehingga RM150 sekeping! 

sumber: carousell
Tiket2
sumber: carousell
sumber: carousell
sumber: carousell

Rata-rata peminat bola sepak menyatakan rasa tidak puas hati di media sosial kerana amalan kapitalis ulat tiket yang mengaut keuntungan atas angin.

“Macam p*****k beli tiket banyak-banyak, jual balik. Macam terdesak lama tak makan. Kesian siapa datang dari jauh  tiket habis.”

“Kalau dah tau si ulat jual mahal senang je la. Boikot jangan beli. Dah tau mahal beli jugak memang bodoh la jawabnya. Tak mati pun tak dapat pergi tengok kat stadium. Bukan dekat TV takde live.”

Diharap perkara ini mendapat perhatian pihak berwajib sebelum perlawanan esok dan tindakan sewajarnya diambil terhadap ulat tiket tidak bertanggungjawab ini semua!

Baca: Netizen Puji Sikap Profesional KJ dan Nurul Izzah Ketepi Sentimen Politik Demi Malaysia

Kj Izzah Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.