Netizen Mengamuk Hotel Suruh Wanita Buka Tudung Ketika Bekerja di Kaunter Depan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Penindasan terhadap pekerja bukanlah satu isu yang baru. Terdahulu, kecoh tentang isu penindasan dan diskriminasi terhadap pekerja wanita yang hamil dalam sektor swasta. Antara bentuk penindasan dan diskriminasi termasuklah berkenaan isu pembuangan kerja dan penangguhan kenaikan pangkat.

Terbaru, pekerja wanita di sektor perhotelan pula yang mengadu telah didiskriminasikan setelah majikan melarangnya daripada memakai tudung di tempat kerja, lapor The Malaysian Insight.

 

Gambar hiasan

Pekerja wanita tersebut yang beragama Islam merupakan staf meja hadapan hotel mendakwa bahawa dia telah dilarang untuk memakai tudung oleh operator hotel di tempat dia bekerja.



Berikutan dakwaan tersebut, hal ini telah mendapat tentangan daripada Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan yang menganggap ia merupakan diskriminasi dan kurangnya sensitiviti masyarakat terhadap wanita bertudung.

Netizen dalam pada masa yang sama telah mengecam tindakan tersebut dan menganggap isu ini adalah salah satu cara untuk meruntuhkan akidah umat Islam.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Selain itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata kepada Utusan, perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan, ia jelas menyatakan bahawa Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan terdapat peruntukan bagi rakyat untuk mengamalkan agama masing-masing.

Walau bagaimanapun, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Cheah Swee Hee telah mempertahankan tindakan operator hotel berkenaan kerana ia adalah sebahagian daripada polisi syarikat.

Kita tidak boleh gunakan ayat diskriminasi kerana syarikat ada polisi masing-masing. Jadi, ada banyak hotel juga menerima mereka yang berhijab.”

Sumber: Facebook

Kata beliau lagi, polisi ini telah lama wujud dan dipraktikkan di semua hotel di seluruh dunia. Pun begitu, Cheah dalam masa yang sama mengaku tidak mempunyai data mengenai hotel-hotel di Malaysia yang mempraktikkan larangan bertudung ini bagi pekerja hotel di meja hadapan.



Lebih mengejutkan, seorang pengurus banquet hotel di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Syukri turut mendedahkan amalan larangan bertudung ini sudah berlaku 10 tahun lalu atas alasan menjadi tarikan kepada pelanggan.

Sementara itu, seorang wanita yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel di Putrajaya juga memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain membuka tudung kerana hotel tempat dia bekerja tidak membenarkan frontliner untuk memakai tudung.

Sumber: Facebook

Isu ini difahamkan telah pun dipanjangkan kepada pihak kementerian bagi membela nasib pekerja wanita. Semoga pihak hotel dan kementerian bertemu dengan solusi yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.

Kita sepatutnya perlulah lebih sensitif akan isu ini memandangkan kita tinggal di dalam kelompok yang berbilang kaum dan agama. Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat.

Baca: Wanita Bergelar ‘Datuk’ Dilarang Masuk ke Menara DBKL Hanya Kerana Memakai Skirt



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.