in

Netizen Kritik Tindakan Dato’ Aliff Syukri Heboh Mohon Lesen Senjata Api

Dato Alif Mohon Pistol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan pengasas produk ‘Terlajak Laris’ D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri? Setiap apa saja yang dilakukan oleh abang kosmetik ini sentiasa menjadi perhatian netizen dan media.


Hari ini Dato’ Aliff Syukri sekali lagi menjadi perbualan hangat dan kecaman netizen apabila dia memuat naik gambar di laman Instagram @aliffsyukriterlajaklaris dengan kapsyen yang menggemparkan.

21271083 1426278730822799 22771595082481148 N
sumber: instagram

“Demi keselamatan. Doakan permohonan pistol saya diluluskan supaya saya lebih selamat. No more bodyguards. I’m stronger.” 

Fuh! Biar betul Dato’ Aliff nak mohon lesen miliki senjata api? 

Gambar yang tular pagi ini jelas menunjukkan Dato’ Aliff sedang berjalan ke arah sebuah ibu pejabat balai polis sambil menjinjit sebuah beg. Perkongsian imej berkenaan rata-rata mengundang pelbagai pandangan dari netizen di media sosial.

Seperti yang dijangkakan, ramai di antara netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan jutawan muda tersebut yang menguar-uar hal berkenaan secara terbuka. Yalah, siapa yang berani beritahu kepada umum yang dia miliki pistol kan?? 

Malah ada juga yang menyifatkan tindakan Dato’ Aliff yang ingin menakut-nakut penjenayah itu salah caranya kerana bimbang perkara tersebut bakal membawa mudarat kepada dirinya sendiri pula.

Ig Aliff
sumber: instagram
Ig Aliff 2
sumber: instagram
Ig Aliff 4
sumber: instagram

Pun begitu, masih ada di antara peminat Dato’ Aliff yang menyokong tindakannya dan berharap semua usahanya dipermudahkan.

Datosss
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, Dato’ Aliff dalam satu balasan komennya kepada netizen menjawab bahawa tujuan dia menghebohkan hal tersebut ke media sosial hanyalah untuk berkongsi tentang aktiviti hariannya. Dia juga berharap tiada yang berfikiran negatif berkaitan isu berkenaan.

Dato Aliff
sumber: instagram

Fikir-fikirlah sebelum berkongsi sesuatu. Takut mengundang bahaya pula. Apa-apapun semoga urusan Dato’ Aliff dipermudahkan.

Baca: “Bersyukurlah Dato. Orang lain ada lagi susah dari Dato” – Aliff Syukri Dihentam Kerana Status di Instagram

Alif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.