in

Netizen Kini Tergila-gila Mahukan Bibir Nipis, Sanggup Jalani Pembedahan Bernilai RM41,000

Bibir Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia masa kini yang sangat memandang rupa paras dan penampilan seseorang, pelbagai jenis prosedur dan inovasi kecantikan dicipta bagi memuaskan kehendak manusia. Prosedur seperti pembedahan memancungkan hidung, membesarkan mata, dan mengecilkan dagu adalah beberapa jenis prosedur kecantikan yang sering kita dengar.


Lips1
sumber: instagram

Jika di Barat, ramai yang terjebak dengan trend bibir tebal dan cuba mendapatkan bibir yang penuh dengan menggunakan pelbagai teknik termasuklah memasukkan implan mahupun menggunakan lip liner untuk melukis melebihi garis bibir yang asal. Namun menurut NextShark, warga Asia nampaknya mempunyai citarasa yang berbeza kerana kini wujudnya pembedahan untuk menipiskan saiz bibir!

Lips3
sumber: instagram

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai wanita 20-an dan 30-an di Thailand dan Korea Selatan yang telah menjalani pembedahan ini. Prosedur ini dijalankan dengan memotong sedikit bahagian dalam lapisan bibir atas untuk mendapatkan garis bibir yang baru. Lapisan bibir atas kemudiannya akan ditarik kedalam sedikit bagi mengurangkan saiz bibir. Tak seriau ke?

Lips4
sumber: instagram

Prosedur ini mengambil masa lebih kurang 15 hingga 30 minit untuk dilaksanakan, dan jahitan sudah boleh dibuka selepas seminggu sahaja. Individu yang menjalani pembedahan ini mungkin akan mengalami sedikit kesakitan, bengkak, lebam dan kemerahan sementara.

Lips5
sumber: instagram

Seorang pakar dermatologi dari Thailand, Dr. Nuttae Nuttapon percaya bahawa trend tersebut wujud kerana wanita Asia lebih mengagumi kecantikan wanita Barat.

“Lelaki dan wanita Asia selalunya lebih gemarkan bentuk wajah Causasian dengan dagu runcing, soket mata yang lebih dalam, dan bibir yang nipis.” 

Lips2
sumber: instagram

Pembedahan untuk mendapatkan bibir yang lebih nipis seperti ini boleh didapati di Korea Selatan dengan harga KRW2,200,000 hingga KRW11,000,000 (sekitar RM7,540 hingga RM41,470). Mahalnya!

Memikirkan trend kecantikan yang sentiasa berubah-ubah, masih ada yang sanggup melalui perubahan drastik sampai sanggup buat pembedahan. Sentiasa mengikut peredaran masa bukanlah sesuatu yang tidak elok, tetapi fikir-fikirkanlah dahulu kebaikan dan keburukannya.

Baca: Padah Beli Produk Online! Muka Wanita Ini Mula Membengkak, Pedih dan Kemerahan

Gsqgsahd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.