Netizen Kagum Hubungan Kekeluargaan Erat Antara Laudya Cynthia Bella dan Erra Fazira

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Jarang sekali kita dapat lihat hubungan baik yang terjalin di antara seorang isteri dan bekas isteri hanya kerana seorang anak daripada lelaki yang mereka pernah atau sedang kahwini.

Namun, dua pelakon terkenal dari Malaysia dan Indonesia ini telah membuktikan stigma hubungan antara ibu tiri dan ibu kandung itu salah sama sekali. Sama ada Erra Fazira mahupun Laudya Cynthia Bella, kedua-duanya dilihat sangat serasi bersama.

Sumber: Bintang

Hal ini dibuktikan lagi dengan sebuah foto yang dimuat naik Bella sendiri di laman Instagram yang menunjukkan betapa rapatnya mereka berdua bersama si cilik, Engku Aleesya.



We love you Aleesya.” 

Sumber: Rotikaya

Menurut portal hiburan Rotikaya, Erra dan Bella tidak hanya menghantar Aleesya ke sekolah bersama-sama, malah mereka berdua juga turut meluangkan masa dalam melakukan aktiviti zumba. Wow!

Sumber: Instagram

Perkongsian aktiviti kedua-dua pelakon tersebut bersama Aleesya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata sangat terharu dan kagum dengan hubungan kekeluargaan daripada kedua-dua pihak. Para peminat juga sempat mendoakan semoga kerukunan ini kekal bahagia sampai bila-bila.

Sumber: Instagram

Sementara itu, Engku Emran yang kini merupakan suami Bella dilihat gembira dengan hubungan kedua-dua wanita tersebut. Dia juga seakan-akan telah melupakan persengketaan mereka di masa lalu dan lebih menumpukan perhatian kepada masa depan Aleesya yang kini memerlukan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapa.

Sumber: Instagram

Untunglah Aleesya ada mom dan bunda yang amat menyayanginya. Semoga keluarga ini terus dilimpahi rahmatNya. 

Baca: Tampil Dengan Gaya Rambut Blonde, Peminat Puji Siti Sarah Persis Barbie Doll



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!