in

Netizen Ditipu Lagi? Iqram Dinzly Mengaku Berkelakuan Aneh Sekadar Gimik Marketing Produk Baru

Oq1

Semenjak dua menjak ini, nama Iqram Dinzly asyik meniti di bibir peminat-peminat industri seni. Dituduh makin tidak waras selepas pemergian bapanya, Iqram menyatakan bahawa dia hanya menjadi diri sendiri dan tiada apa yang pelik dengan aksi gila yang dipamerkan di laman Instagram miliknya.

Mencetuskan pelbagai kontroversi dan tanda tanya dalam kalangan netizen dengan kelakuan aneh dan lucah yang ditunjukkan di laman sosial sejak kematian bapa tercinta, Iqram mengakui bahawa semua kelakuan pelik yang dilakukannya adalah sekadar gimik awal untuk mempromosikan perniagaan barunya, lapor Berita Harian.

Iq4
sumber: instagram

Pelakon ini mengaku telah ‘menggadai’ dirinya dan sanggup berdepan dengan kecaman netizen demi memperkenalkan perniagaan yang baru diusahakan di bawah jenama Bawaabata Merebuks. Berpegang kepada pemerhatiannya terhadap sikap netizen yang lebih gemarkan cerita negatif, pelakon berusia 36 tahun itu nekad memilih cara gila untuk mempromosikan produknya.

“Lebih sedekad dalam industri hiburan, saya akur jika kita berbuat baik tiada siapa yang akan ambil peduli. Tetapi apabila sesekali berkelakuan aneh, mereka akan berterusan memperkatakannya hingga mencetuskan kontroversi.”

“Mungkin ada yang melihat cara saya ini sebagai pemberontakan, tetapi saya ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian. Saya perlu melakukan anjakan dengan niat untuk memperkenalkan perniagaan merangkumi fesyen dan seni dengan lebih jauh.”

Bawa1
sumber: instagram

Memilih untuk melemparkan kata-kata kesat kepada netizen yang memberikan kecaman terhadapnya, Iqram menegaskan bahawa tindakannya hanya mencerminkan mentaliti masyarakat hari ini yang terbawa-bawa dengan media sosial.

Jika mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan kesat, mengapa saya tidak boleh? Saya mahu sedarkan masyarakat perbuatan itu tidak elok. Jika mereka sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan, saya juga begitu.”

“Cara netizen mengadili saya seolah-olah mereka terlalu suci dan sempurna. Alang-alang menyakitkan hati, lebih baik saya teruskan. Lagipun, apa yang saya buat ini hanya sementara nanti saya akan berhenti.”

Iqraa
sumber: instagram

Iqram yang kini menetap bersama ibunya di Ipoh ada memberikan sedikit update berkenaan kerjaya seni dengan memberitahu bahawa dia masih menerima tawaran berlakon namun menolak kerana menghormati pemergian arwah bapa yang baru sahaja kembali ke rahmatullah pada 10 Oktober yang lalu.

Laa marketing strategy saja rupanya… Harap-harap bukan masalah kemurungan, multiple personality disorder atau mental illness seperti yang dikatakan netizen. Semoga Iqram cepat-cepatlah berhenti ye, tak perlulah rasanya sampai berlakon gila hanya untuk lariskan produk.

Baca: “Tiada apa yang pelik, saya menjadi diri sendiri,” – Iqram Dinzly Perjelas Aksi Gila di Media Sosial

Iq