in

Netizen Berdebat Mengenai Soalan Peperiksaan Darjah 1 yang Menunjukkan Sifat Perkauman

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sifat perkauman sering ditonjolkan melalui video dan gambar tetapi bukan sesuatu yang diajar di sekolah.


Jangan racist okay!

2017 29 3 18 14 03

Malaysia adalah satu negara yang indah, aman damai selain turut mempunyai kepelbagaian agama dan budaya, jadi ianya sangatlah penting untuk kita supaya tidak menilai seseorang itu berdasarkan warna kulitnya.

Aktres dan personaliti TV, Sarah Lian memuat naik gambar kertas soalan peperiksaan Darjah 1 baru-baru ini. Gambar itu menunjukkan satu soalan di mana murid perlu padankan nama mengikut tempat ibadah mengikut kaum di Malaysia.

Sarah
sumber: facebook

Di dalam statusnya, Sarah mengeluh,

“Anak perempuan rakan saya berusia 7 tahun tidak mendapat markah yang tinggi. Anda tertanya-tanya siapa yang mengajar anak-anak kita bersikap perkauman dan stereotaip? Inilah jawapannya!

Pendekatan yang sangat teruk untuk strereotaip nama, bangsa dan agama. Saya berasa sangat marah dengan cara yang menunjukkan perkauman sebegini. Sangat kuno dan racist! Perkara ini sangat menyedihkan!”

Racist
sumber: facebook

Ramai netizen yang menyokong dan mempunyai pendapat yang sama dengannya tentang perkauman yang terlihat jelas melalui soalan itu, namun seorang netizen ini pula tidak sependapat. Lelaki itu menyatakan bahawa ia adalah semata-mata untuk mencampurkan mengikut perbezaan dan kepercayaan setiap kaum kepada Tuhan masing-masing, seperti di dalam baris pertama Rukun Negara.

R1

Sarah kemudian membalas,

“Sebagai orang dewasa kita memang tahu apa jawapannya, tetapi kanak-kanak mudah terpengaruh.”

R2

Bagaimanapun, ada juga netizen turut tidak bersetuju dengan kenyataan lelaki bernama Zack itu dan berpendapat soalan tersebut seperti tidak munasabah.

R3

R4

“Saya tidak tahu menahu mengenai pendidikan, tetapi ianya sangat tidak elok untuk menilai agama seseorang itu berdasarkan nama mereka sahaja. Ia adalah permulaan kepada sifat perkauman.”

“Adakah pemikiran kita sangat cetek sehinggakan agama dan bangsa perlu berada di dalam sukatan pelajaran? Mengapa tidak letak model kereta dan menyoal kanak-kanak untuk mengenal pasti jenis jenama kereta? Itu juga dikira mengajar kemahiran mengenal pasti kan?”

Masing-masing memberikan hujah yang berbeza mengikut pendapat mereka. Apa pendapat anda?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.