in

Netizen Bengang Ibu Bapa Curi Sangkar Haiwan Peliharaan Depan Anak Di Pusat Beli Belah

Pagegess

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak kisah kecurian kita dengar di Malaysia seperti kes kecurian botol susu, milo, pakaian dan sebagainya. Namun, kes kecurian yang baru sahaja terjadi di sebuah pusat membeli belah dalam negara ini menyaksikan kecurian sesuatu yang tidak disangka-sangka.


Menurut WORLD OF BUZZ, seorang netizen telah memuat naik satu status di laman Facebook miliknya bersama rakaman CCTV yang menunjukkan sepasang suami isteri bersama dua orang anak mereka membeli-belah di pusat beli belah pada 17 November lalu.

Cage3
sumber: facebook

Apa yang lebih mengejutkan, pasangan suami isteri tersebut dapat dilihat mencuri sebuah sangkar haiwan peliharaan setibanya di sebuah kedai haiwan peliharaan terkemuka. Lebih teruk lagi, perlakuan tidak elok tersebut dilakukan di depan anak-anak mereka sendiri!

Dalam video berdurasi 1 minit 26 saat itu, insiden yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Klang itu menunjukkan keluarga tersebut pada awalnya hanya berkeliaran di sekitar kedai haiwan tersebut. Si ibu dan bapa jelas sekali hanya mahu melihat jika ada orang lain di premis berkenaan yang akan nampak mereka melakukan kegiatan tidak elok itu.

Cage4
sumber: facebook

Anak pasangan tersebut yang berkeliaran tiba-tiba datang mendekati bapa mereka tetapi sebaliknya dimarahi dan dipukul olehnya. Si bapa kemudiannya berpura-pura mahu meninggalkan premis berkenaan sambil memeriksa keadaan sekeliling.

Si ibu pula dilihat tiba-tiba mengambil sebuah sangkar haiwan peliharaan manakala si bapa mengeluarkan bayi mereka dari stroller dan wanita tersebut segera meletakkan sangkar di dalam stroller itu.

Cage1
sumber: facebook

Pasangan suami isteri tersebut kemudian segera meninggalkan kedai haiwan itu bersama dua anak mereka selepas mencuri sangkar haiwan peliharaan tanpa menyedari bahawa tindak tanduk mereka telah dirakam oleh kamera litar tertutup.

Berdasarkan komen yang diberikan oleh netizen, harga sangkar tersebut bernilai RM129.90. Sebilangan netizen juga buntu kerana tidak pasti mengapa pasangan tersebut mencuri sangkar itu dan mengecam si bapa yang memukul anaknya.

Mencuri adalah perbuatan yang tidak elok. Harap anak-anak mereka tidak terikut perangai tidak elok ni suatu hari nanti.

Baca: Wanita Curi 11 Dompet Di Jalan TAR dan Sembunyikan Dalam Timbunan Kain

Ok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.