in

Nenek Jadi Buta dan Rosak Saraf Mata Lepas Tersalah Guna Ubat Titis Telinga Untuk Titis Mata

Nenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ubat titis mata dan ubat titis telinga biasanya mempunyai bekas atau botol yang agak serupa. Jika tidak diperhatikan dengan teliti, mungkin ada yang akan tersilap menggunakannya dan mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan diri. Inilah yang berlaku kepada seorang nenek di Johor Bahru yang tersilap menggunakan ubat titis telinga ke matanya.


Menurut Harian Metro, seorang warga emas dikenali sebagai Sabiah Rabion itu telah menggunakan ubat titis telinga secara berterusan untuk merawat matanya. Nenek berusia 70 tahun tersebut juga mengakui bahawa dia langsung tidak menyangka bahawa kecuaiannya boleh menyebabkan penglihatan terjejas.

T1
gambar hiasan

“Tidak sangka kecuaian saya menggunakan ubat titis telinga secara berterusan bagi merawat mata menyebabkan saraf mata rosak malah saya kini cacat penglihatan.”

Rosak saraf mata dan cacat penglihatan, ibu tunggal itu mengakui bahawa dia mengalami penderitaan tersebut sejak enam tahun lalu. Keadaan tersebut membuatkan Sabiah sukar melaksanakan rutin harian seperti mengemas rumah serta memasak.

“Saya ada seorang anak lelaki dan dia minta saya tinggal bersamanya tetapi saya enggan kerana tidak mahu membebankannya.”

“Dia yang sudah berumah tangga mahupun ahli keluarga lain termasuk adik lelaki saya serta jiran kerap mengunjungi saya malah prihatin dengan keadaan yang saya alami.”

T2
sumber: harian metro

Masih menaruh harapan untuk mendapatkan kembali daya penglihatannya, Sabiah memberitahu bahawa dia masih boleh melakukan kerja-kerja rumah dan memasak sendiri walaupun cacat kedua-dua belah mata.

“Anak dan adik lelaki masih tidak berputus asa membawa saya ke klinik mata, doktor pakar mahupun tradisional kerana mahu saya sembuh. Semoga Tuhan memakbulkan doa dan usaha kami.”

Setelah beritanya tersebar, penderitaan Sabiah mendapat perhatian pihak berkaitan apabila wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Johor (MAIJ), Nasir Ishak tampil mengunjungi warga emas tersebut.

T3
gambar hiasan

“Dia kini tinggal di rumah peninggalan arwah suaminya,” kata Nasir.

Dalam kunjungan yang dibuat, Nasir memaklumkan bahawa Sabiah telah membuat permohonan bagi bantuan sara hidup demi meringankan bebannya.

Sentiasa berhati-hati menggunakan ubat titis mata dan ubat titis telinga kerana botol mereka selalunya kelihatan agak serupa. Jangan cuai dan tertukar jika tidak mahu menderita seperti warga emas ini. Semoga nenek Sabiah cepat sembuh!

Baca: Muka Wanita Melecur Teruk, Mata Hampir Buta Terkena Semburan Penyembur Wangian Rumah

Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.