in

Nature Republic Malaysia Umum Penutupan Secara Mengejut, Orang Ramai Minta Penjelasan

Page 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nature Republic adalah salah satu jenama produk dari Korea yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Malangnya, dua hari lepas, Facebook rasmi Nature Republic Malaysia membuat pengumuman mengejut bahawa ianya akan ditutup.


Nature
sumber: facebook

Ramai pengguna setia produk itu tertanya-tanya dengan penutupan mengejut ini dan satu-satunya penjelasan yang diberikan adalah,

“Kurang dari setahun yang lalu, Nature Republic Taiwan yang dimiliki oleh Nature Republic Korea telah ditutup. Kini, Nature Republic Malaysia sebagai salah satu pengedar paling lama untuk Nature Republic Korea ditutup juga.”

Penjelasan ringkas itu membuatkan ramai netizen tertanya-tanya tentang status syarikat berkenaan. Tanpa memberi ulasan lebih lanjut, satu link dikongsi di page itu, di mana ia dipercayai merupakan penyebab utama penutupan ini.

Menurut Pulse, reputasi syarikat itu telah tercalar selepas pengasas serta bekas CEO syarikat, Jung Woon-ho telah ditangkap kerana kes perjudian haram tahun lalu. Disebabkan itu, beliau telah dipenjarakan sejak bulan Oktober.

Bukan itu sahaja, beliau juga didakwa dalam beberapa kes lain yang melibatkan keganasan dan melobi.

Jung
sumber: the korea times

Kesemua insiden itu telah memberi tamparan hebat kepada syarikat dan mencemarkan nama Nature Republic Co yang berisiko untuk dijual. Beberapa dana ekuiti persendirian dan pelabur China telah menyatakan minat mereka dalam 73.88 peratus stake yang dimiliki oleh Jung.

Tanpa CEO, syarikat itu telah mengalami kerugian sejak tahun lalu. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2017, syarikat itu telah merekodkan 1.8 billion Won (kira-kira RM6,760,000) kerugian.

Nature1
sumber: realasianbeauty. Com

Bagaimanapun, mereka tidak mengumumkan tarikh akhir operasi tetapi melalui komen yang diberikan, mereka seperti menyatakan bahawa ianya sudah ditutup dan stok yang berlebihan boleh didapati secara online.

Siapa pengguna setia tu, cepat beli stok terakhir!

Baca: True Fitness Kini Berhenti Beroperasi Seluruh Cawangan di Malaysia

True

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.