in

Nasi Lemak Berlauk Panas Kini Jadi Makanan Kegemaran Rakyat Korea Selatan

Nasi Lemak Berlauk Panass

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak suka nasi lemak? Pagi kita sememangnya tak lengkap kalau tak dapat ‘pekena’ nasi lemak sebungkus! Kini makanan kegemaran ramai ini bukan saja disukai rakyat Malaysia, orang di Korea Selatan pun sudah mula gilakan nasi lemak. Wow! 


Semuanya bermula dengan rungutan yang diterima Duzy Noramzamnas Abdul Aziz, 29, daripada pelancong Malaysia yang juga mengalami masalah untuk mencari makanan halal di Korea Selatan. Lalu daripada situ, munculnya idea untuk membuka perniagaan nasi lemak halal di negara tersebut, lapor NST.

Nasi Lemak Is Getting Pretty Popular In South Korea Thanks To This Malaysian World Of Buzz 4
sumber: facebook

Ideanya ternyata membuahkan hasil dan kini Duzy telah mendapat keuntungan yang besar di sebalik perniagaan tersebut. Anak kelahiran Penampang, Sabah ini telah memulakan perniagaannya pada September tahun ini dan telah menghasilkan lebih kurang 40 bungkus nasi lemak sehari.

“Di Korea Selatan tidak banyak makanan tepi jalan yang halal. Saya kemudian terinspirasi dengan idea kebanyakan rakyat Malaysia makan nasi lemak untuk sarapan, makan tengah hari, makan malam dan juga lewat malam.

“Disebabkan ia makanan tradisional terkenal Malaysia, saya bercadang dengan memulakan servis menghantar makanan. Saya pasarkan nasi lemak secara online, yang mana pelanggan boleh memesan pada sehari sebelumnya menerusi aplikasi WhatsApp atau KakaoTalk,” jelas Duzy.

Nasi Lemak Is Getting Pretty Popular In South Korea Thanks To This Malaysian World Of Buzz 2
sumber: facebook

Sebaik menerima pesanan, Duzy akan membungkus nasi lemak ke dalam bekas makanan dan menghantar dengan menaiki Seoul Metropolitan Subway.

Pelanggan Duzy pada awalnya hanyalah pelancong dan pelajar Malaysia yang rindukan masakan tanah air. Namun selepas dua bulan menjalankan bisnes tersebut, dia telah mendapat pelanggan daripada rakyat Korea Selatan yang menyukai makanan tersebut.

23031279 1603469583049134 8274989288880093182 N
sumber: facebook

Perniagaan nasi lemak yang memberangsangkan membuatkan Duzy didekati Han Ji-Sung, rakan perniagaan barunya dan membuka kedai dengan nama ‘Nasi Lemak Berlauk Panas’ di atas bumbung bangunan milik Han yang juga pemilik kepada Pop @ Itaewon Guesthouse di Itaewon. Wah makin lebar jaringan bisnes Duzy! 

Screen Shot 2017 12 04 At 4.50.30 Pm
sumber: facebook

Ia merupakan lokasi yang menarik untuk menikmati nasi lemak yang dijual ₩5,000 won atau lebih kurang RM19 sambil dikelilingi permandangan bangunan tinggi di bandar tersebut. 

“Untuk sambal lebih, telur, nasi dan tambahan lauk lain seperti sotong, kerang dan ayam, anda perlu menambah sebanyak 500 won ke 4,000 won (RM2-RM15),” katanya.

Semenjak mempunyai kedai fizikal di Itaewon, pelanggan kini tidak perlu susah-susah memesan melalui aplikasi WhatsApp lagi memandangkan mereka boleh sahaja duduk dan makan di kedainya. Kebanyakan pelanggan Duzy juga kini bukan sahaja rakyat Malaysia, namun ada juga warganegara Belanda, Jepun, Indonesia, China dan Perancis.

Orang Korea Selatan samakan nasi lemak dengan bibimbap, yang mana nasi disediakan dengan cili dan juga sayuran. Hal ini kerana mereka memang makan bibimbap hampir setiap hari, sama seperti rakyat Malaysia makan nasi lemak,” kata Duzy. Patutlah laris!

23032572 1603469869715772 3898922786163638071 N
sumber: facebook
Nasi Lemak Is Getting Pretty Popular In South Korea Thanks To This Malaysian World Of Buzz 3
sumber: facebook

Duzy juga berkata, bekalan makanan untuk masakan nasi lemak seperti ikan bilis, cili dan makanan laut boleh saja didapati di Pasar Noryangjin yang mana juga menjual bahan-bahan seperti belacan, asam jawa, santan dan daun pandan. Fuh dah macam kat pasar pagi di Malaysia dah! 

Makanan halal kini juga telah menerima permintaan tinggi di Seoul, menurut Duzy, yang mana industri ini sedang berkembang pesat di sana.

“Menetap dan menjalankan bisnes di Korea Selatan ini agak mencabar. Rakyat Korea Selatan dan Jepun adalah antara individu yang kuat bekerja di dunia. Saya terpaksa bekerja keras untuk bersaing dengan mereka. 

“Memang agak tertekan kadang-kadang tapi sangat berbaloi,” kata Duzy lagi.

23172928 1603469579715801 220032364989045659 N
sumber: facebook

Selain daripada menjalankan bisnes nasi lemak, Duzy juga menjadi pemandu pelancong bagi mereka yang melawati Seoul.

Syabas buat Duzy kerana telah berjaya melariskan nasi lemak di Korea Selatan! Semangat dan kecekalannya patut dijadikan inspirasi dan teladan buat rakyat Malaysia yang berada di dalam dan luar negara. 

Baca: 5 Makanan Dibawah RM5 Yang Perlu Dicuba Jika Anda Melancong ke Seoul, Korea! 

Makanan Korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.