in

“Nampak pakcik ni menggigil, berkaki ayam je” – Lelaki Tak Sangka Bantuan Kecil Dapat Ganjaran Berganda

Page Duit E

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berbuat baik antara satu sama lain adalah perkara yang patut dipuji dan perlu dikongsi kepada orang ramai. Hal ini bukanlah untuk menunjuk, tetapi supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.


Setiap kebaikan pastinya ada ganjaran yang akan diperoleh di kemudian hari. Namun, lelaki ini mendapat ganjaran dengan serta merta selepas membantu orang yang berada dalam kesusahan. Sharul Hafidz berkongsi pengalamannya di Twitter dan ia haruslah dijadikan pedoman buat semua.

Bro2
sumber: twitter

Sharul memberitahu bahawa ketika dia berada di dalam keretapi, dia ternampak seorang pakcik yang sedang menggigil kerana kesejukan dalam keadaan berkaki ayam. Dia kemudian melihat sekumpulan perempuan yang hanya merakam pakcik tersebut di Instagram menggunakan superzoom sambil mentertawakannya.

Bro1
sumber: twitter

Ujar Sharul, dia berasa simpati dengan pakcik yang hanya menundukkan kepala tetapi akui takut untuk menegur kerana khuatir pakcik tersebut bermasalah. Namun, dia beranikan diri juga untuk menegur pakcik itu apabila lelaki berkenaan duduk berhampiran tempat Sharul berdiri.

Apabila ditanya kenapa pakcik itu tidak memakai selipar, pakcik tersebut memberitahu bahawa seliparnya hanyut dibawa arus longkang sewaktu solat Maghrib tadi. Sharul yang tidak berfikir lama terus mengeluarkan seliparnya dari dalam beg untuk diberikan kepada pakcik itu.

Sharul menerangkan bahawa dia membawa selipar tersebut kerana ingin menukarkannya dengan kasut kerja bagi mengelakkan daripada terkena hujan sewaktu perjalanan pulang menggunakan motosikal. Dia memberitahu bahawa dia tidak kisah untuk menolong pakcik tersebut kerana telah pun berniat untuk membantunya.

Bro3
sumber: twitter

Pakcik itu dengan gembira menerima pemberian Sharul dan tidak lagi segan kerana kini sudah tidak berkaki ayam. Sharul berkata pakcik itu mungkin malu kerana tidak berkasut dan digelakkan oleh sekumpulan perempuan sebentar tadi.

Sharul kemudian didekati seorang makcik yang menegur tindakannya membantu pakcik tersebut sambil didengari sekumpulan perempuan yang menggelakkan pakcik itu sebentar tadi.

“Dik, nah akak bagi ‘gula-gula’ kat adik sebab tolong pakcik ni. Kesian pakcik tu sejuk takda selipar, yang lain semua ketawakan dia.”

Saat mendapat gula-gula daripada makcik itu, Sharul terkejut kerana ia bukanlah ‘gula-gula’ namun sekeping duit RM50. Walaupun Sharul menolak pemberian tersebut, tetapi makcik itu tetap berkeras dan menyuruh Sharul untuk membeli selipar baru sebagai ganti. Alahai… baik sungguh makcik tu! 

Bro4
sumber: twitter

Setibanya di stesen perhentian, Sharul membeli selipar dengan harga murah serta masih mempunyai baki wang yang banyak untuk membeli air kotak kegemarannya. Sharul juga menyedari Allah telah menurunkan ganjaran dan menggantikan selipar lama dengan selipar yang baru.

Bro5
sumber: twitter

Menerusi entrinya, Sharul berharap agar pakcik itu gembira sebagaimana dia berasa gembira dapat membantu seseorang dan berharap supaya Allah menghantarkan orang lain pula untuk beri kebaikan kepada makcik yang memberinya RM50 sebentar tadi.

Sharul juga menyimpan harapan supaya kebaikan yang dilakukannya itu dapat dicontohi oleh orang lain agar perkara baik itu kelak berterusan kepada individu lain pula.

Wah! Beruntung dia, dapat ganjaran daripada Tuhan on the spot! 

Baca: Wanita Dipuji Kerana Belikan Sepasang Kasut Buat Lelaki Miskin Yang Hanya Miliki RM1.60

Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.