in

“Nak tengok akal dia sampai mana nak kelentong” – Wanita Tergelak Layan Scammer Menyamar Jadi Pembeli

Ei

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru beberapa hari yang lalu kita dengar kisah seorang wanita hampir direman kerana dituduh miliki syabu sebagai sebagai satu taktik scam yang baru, hari ini ada lagi seorang wanita lain berkongsi kisahnya yang hampir ditipu oleh scammer dengan cara yang berbeza pula.


Scammer-scammer ini nampaknya semakin hari semakin berani dan rancak melakukan kegiatan mereka tanpa berselindung lagi. Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syafiqah Zakuan, dia didekati individu yang berpura-pura mahu membeli barangan yang dijualnya atas talian.

G1 2
sumber: twitter

Baru sahaja mengiklankan preloved foundation Maybelline di aplikasi Carousell miliknya, Syafiqah memceritakan bahawa dia menerima satu mesej daripada seorang individu yang mengaku mahu membeli barangannya itu.

Individu tersebut mendakwa berada di luar negara dikatakan mahu membeli dan mengepos barangan tersebut untuk dihantar kepada anaknya yang berada di Kuala Lumpur. Tanpa bertanyakan apa-apa mengenai barangan yang bakal dibeli, scammer itu cepat sahaja mahu bank in duit ke dalam akaun Syafiqah untuk membuat bayaran.

G2
sumber: twitter
G3
sumber: twitter
G4
sumber: twitter

Walaupun barangan yang dijual Syafiqah hanya berharga RM22 termasuk harga pos, individu tersebut mendakwa dia telah bank in sebanyak RM500 kerana itu adalah polisi bank yang digunakannya. Aik, ada polisi macam ni ke?

Syafiqah yang sedar bahawa individu tersebut seorang scammer kerana menggunakan bank Barclays dan cepat sahaja memasukkan wang ke dalam akaunnya tanpa bertanya apa-apa telah berpura-pura tidak mahir online transfer.

G5
sumber: twitter
G6
sumber: twitter
G7
sumber: twitter

Terus menipu dan memberitahu bahawa wang RM500 telah ditolak dari akaunnya, individu tersebut menyuruh Syafiqah memindahkan RM478 ke akaunnya terlebih dahulu supaya wang RM500 tadi akan segera masuk ke akaun wanita tersebut. Macam tu pulak.

Sudah malas melayan helah scammer berkenaan, Syafiqah kemudian menyuruh individu itu menerangkan polisi berkenaan kepada adiknya yang kononnya seorang polis pula. Mendakwa mengetahui lokasi sebenar dan pelbagai penipuan yang dilakukan individu tersebut, nombor Syafiqah tiba-tiba sahaja disekat oleh scammer itu. Kan dah kantoi!

G10
sumber: twitter
G11
sumber: twitter
G12
sumber: twitter

Macam-macam cara orang nak dapatkan duit mudah zaman sekarang ni. Hati-hati semua!

Baca: Hampir Direman Kerana Dituduh Miliki Syabu, Wanita Dedah Taktik Baru Scammer Dapat Duit Mudah

Jijijiji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.