in

Nak Ajar Anak Yang Mencuri Duit Punya Pasal, Ibu Sanggup Ikat dan Heret Anak Guna Motor

Page Dera 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Nak Ajar Anak Yang Mencuri Duit Punya Pasal, Ibu Sanggup Ikat dan Heret Anak Guna Motor
Loading
/

Setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri untuk mendidik anak mereka supaya menjadi orang yang berguna. Walau bagaimanapun, setiap cara yang digunakan perlulah kena pada tempatnya dan bukanlah sehingga anak itu berisiko untuk mengalami kecederaan.


Baru-baru ini, menurut WORLD OF BUZZ, seorang ibu sanggup menggunakan cara yang tidak masuk akal bagi mengajar anaknya yang telah mencuri duit jiran mereka. Insiden yang berlaku di Zhaotang, Wilayah Yunnan, China ini telah dirakam orang awam yang melihat kejadian tersebut di depan mata mereka.

Pada 17 Januari lalu, video tersebut telah tersebar dan ditularkan gara-gara seorang ibu telah mengikat anaknya di belakang motor sebagai pengajaran selepas anak lelakinya mencuri wang.

Jb3Blur
sumber: wob

Rakaman video tersebut yang berdurasi 10 saat terang-terangan menunjukkan keadaan kanak-kanak lelaki yang diikat di belakang motor sedang menangis dengan kuat. Walaupun individu yang merakam kejadian berkenaan meminta wanita tersebut supaya berhenti, namun kata-katanya langsung tidak diendahkan.

Setelah kisah tersebut menjadi tular, Polis Ludian telah tampil dengan kenyataan mengatakan bahawa kanak-kanak lelaki terbabit dikatakan telah mencuri selepas seorang individu melaporkan kehilangan 2,000 Yuan iaitu kira-kira RM1,225 di kawasan perumahan keluarga itu pada 16 Januari yang lalu.

Jb2
sumber: wob

Oleh yang demikian, ibu yang geram dengan tindakan anaknya itu mengambil keputusan untuk ‘mengajarnya’. Walaupun kanak-kanak berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, difahamkan siasatan telah dijalankan dan ibu kanak-kanak tersebut menyedari kesilapannya yang menggunakan cara merbahaya untuk mendidik anaknya.

Aduh… Takutnya mak dia ajar sampai macam tu sekali. Mesti anak tu serik nak mencuri.

Baca: Budak 9 Tahun Meninggal Dihukum Ibu 5 Jam Tanpa Henti Kerana Hilangkan telefon Bimbit

Jb1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.