in

Murid Tahun Satu Dibelasah Sehingga Mati Kerana Ejek Nama Bapa Pelajar Senior di Kapit

Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari, semakin banyak kes buli dan pukul pelajar sekolah berlaku di Malaysia ini. Ia bagaikan tak reda malah pelajar ini juga tidak mengambil iktibar daripada apa yang menimpa pelajar-pelajar sebelumnya.


Menurut Astro AWANI, seorang murid Tahun Satu di sebuah sekolah berasrama di Kapit, Sarawak telah meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk pada badan dan kepala mangsa akibat dipukul pelajar senior.

Sibu Pukul
sumber: berita harian

Mangsa, Jackson Nuing Awe, 7, telah dipukul oleh murid Tahun Enam sekolah yang sama setelah dikatakan mengejek nama bapa pelajar tersebut. Suspek yang hanya berusia 12 tahun didakwa telah menendang, menumbuk dan menekup mulut mangsa dengan selimut sehingga murid tersebut lemah dan tidak sedarkan diri.

Pukul 1
gambar hiasan

Sejurus kejadian itu berlaku, bapa mangsa menerima panggilan dari pihak sekolah yang memaklumkan anaknya telah ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolah dan dimasukkan ke hospital.

Menurut bapa mangsa, pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam dan kecederaan pada badan dan kepala anaknya. Curiga dengan keadaan tersebut, bapa mangsa bertindak untuk membuat laporan polis bagi siasatan lanjut.

Susulan dari laporan berkenaan, suspek telah ditahan dan juga dibebaskan dengan jaminan polis kerana masih dibawah umur dan bakal menduduki Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah pada September depan. Haish muda-muda dah buat kesalahan berat! 

138Cde2035440Fb343Bbe90Ed6848Cd4 Xl
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, empat jam selepas suspek ditahan, mangsa pula telah disahkan meninggal dunia pada jam 3.30 petang semalam selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Sibu. Aduhai kesiannya…

Dalam pada itu, polis bakal mengambil keterangan dari guru besar dan guru sekolah yang lain untuk melengkapkan siasatan dan memastikan tiada pihak yang teraniaya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi kehilangan anak tersayang… Pukul bukan penyelesaian kepada sebarang masalah! 

Baca: Remaja Derita Tulang Saraf Tunjang Bengkok Kerana Dipukul 20 Pelajar Dengan Paip PVC di Kulim

Pukuls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.