in

Murid Berusia 12 Tahun Bunuh Diri Kerana Hampir Tidak Lulus Dalam Peperiksaan

Bunuhdiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak dan kita juga akan mencuba sehabis baik untuk tidak mengecewakan mereka. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dari Singapura bagaimanapun terlampau meletakkan tekanan itu pada dirinya untuk mendapatkan keputusan yang baik di sekolah sehingga menyebabkan dia membunuh diri.


Menurut World of Buzz, insiden itu berlaku pada 3 Ogos di salah sebuah pangsapuri di Sembawang. Kanak-kanak bernama Lisa itu merupakan pelajar secondary one dan warganegara Singapura yang berketurunan Filipina, sama seperti ibu bapanya.

Bunuhdiri1
sumber: china press

Kedua-dua ibu bapanya sudah semestinya sangat kecewa dengan berita anak mereka yang membunuh diri dan masih tidak dapat memahami punca kematiannya itu. Lisa telah ditemui mati dalam keadaan masih memakai uniform sekolah.

Ibunya berkata bahawa sejak kecil, Lisa merupakan seorang yang mahu mencapai target. Lisa juga dikatakan tidak gembira semenjak memasuki sekolah menengah kerana tidak menjumpai rakan baru.

Menurut ibunya,

“Saya sudah tenangkannya banyak kali dan beritahu bahawa dia akan mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan persekitaran baru. Saya nasihatinya untuk membiasakan diri dengan situasi itu dan cepat atau lambat, segalanya akan baik-baik sahaja.”

“Dia beritahu saya beberapa kali bahawa dia menerima keputusan ujian Matematik dan dia hampir tidak lulus peperiksaan tersebut menyebabkannya berasa kecewa. Tetapi saya tidak pernah sangka bahawa dia akan membunuh diri.”

Ketika kejadian, ayahnya dilaporkan berada di rumah, kira-kira jam 6 petang di mana polis mengetuk setiap pintu rumah untuk mengetahui waris kepada kanak-kanak yang telah mati dengan tragis itu.

Bunuhdiri2
sumber: china press

Menurut salah seorang penyewa di pangsapuri itu, “Ketika ayahnya mendapat tahu bahawa kanak-kanak yang meninggal itu adalah anak perempuannya, dia tidak dapat menahan kesedihan dan menangis. Mereka berpindah sejak Lisa berusia 4 tahun. Lisa memang seorang yang pendiam dan sopan jadi berita dia membunuh diri ini adalah satu perkara yang sangat mengejutkan.”

Pengetua sekolah turut menyampaikan takziah kepada keluarga itu dan berkata bahawa Lisa merupakan pelajar yang baik. Polis mengesahkan bahawa mereka masih menyiasat punca kematian kanak-kanak itu.

Semoga keluarganya tabah dengan ujian ini.

Baca: Pelajar Terjun Bangunan, Bunuh Diri Pada Hari Keputusan Peperiksaan Keluar

Death

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.