in

Murah, Sedap, Banyak! Kedai di Gombak Ini Jual Hidangan Western Serendah RM6.90 Je!

Cc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masuk tahun 2018 ni kita asyik dengar pasal makanan mahal je, kan? Kalau hidangan makan tengah hari pun dikenakan caj sampai ratusan ringgit, confirm awal bulan lagi poket dah kering. Susah betul nak jumpa makanan yang sedap dan murah zaman sekarang ni, tambahan pula kalau makanan western.


Sebut sahaja lamb chop mahupun chicken chop, harganya boleh mencecah puluhan ringgit. Paling murah pun pasti lebih daripada RM10 punya! Oleh itu, kami ada berita baik untuk semua yang buntu kat mana nak makan sedap-sedap tapi murah.

Bukan sahaja murah harganya, kedai yang dikenali sebagai Andan’s ChopSteak & Ice Cream ini menyediakan makanan dalam kuantiti yang memang anda akan puas hati! Murah, sedap, banyak. Mana lagi nak jumpa kedai macam ni kat Malaysia?

Ad1
sumber: facebook

Sudah mempunyai dua cawangan, lokasi cawangan pertama Andan’s ChopSteak & Ice Cream terletak bersebelahan restoran Nasi Ayam Mangcongkam. Cawangan kedua pula terletak di kafe Sinamax Badminton Court, Sri Gombak. Bagi yang pernah berkunjung ke Sinamax Badminton Court, lepas ni bolehlah lepak di Andan’s ChopSteak & Ice Cream pula lepas penat bersukan.

Menyediakan pelbagai hidangan western, anda boleh mencuba fried chicken chop di Andan’s ChopSteak & Ice Cream dengan harga RM6.90 sahaja! Jika tidak mahu makanan bergoreng, grilled chicken chop mereka juga boleh didapati dengan harga yang sama. Hidangan fish and chips di sini juga berharga RM6.90.

Ad4
sumber: facebook
Ad8
sumber: facebook

Tak nak makan ayam atau ikan? Beef steak dan lamb chop pun ada tau! Paling best harganya hidangan daging dan kambing ini pun masih tak sampai RM10! Anda boleh cuba lamb chop mereka yang nampak menyelerakan itu pada harga RM8.90 sahaja. Harga bagi beef steak pula RM9.90. Wow! 

Ad7
sumber: facebook
Ad6
sumber: facebook

Disebabkan semuanya nampak sedap, mesti ada pelanggan yang tak dapat nak buat pilihan sewaktu memilih menu. Ayam pun nak, kambing pun nak. Tidak perlu susah-susah fikir, Andan’s ChopSteak & Ice Cream ada sediakan hidangan yang dipanggil Malaysian Mix Grilled. Dalam hidangan ni anda boleh dapat lamb chop dan chicken chop, kedua-duanya sekali!

Bagi yang mahu makanan ringan dan tak terlalu berat, restoran ini juga ada sediakan hidangan cheese ball. Spaghetti pun ada jika anda mahu lebih pilihan makanan.

Ad5
sumber: facebook
Ad3
sumber: facebook

Andan’s ChopSteak & Ice Cream dibuka setiap hari kecuali hari Ahad bermula jam 6 petang hingga 11 malam.

Waaah, nampak sedap semuanya! Apa tunggu lagi, boleh la terjah hujung minggu ni! 

Baca: Kaki Makan Seafood KENA Cuba Restoran Baru di KL Ini!

Sedap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.