in

Muda, Cantik dan Berjaya. Mira Filzah Punyai Biasiswa Atas Nama Sendiri Berjumlah RM1.3 Juta

Miraaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untungnya menjadi pelakon cantik yang juga usahawan dan peragawati, Mira Filzah ini. Baru berusia 24 tahun, bekas pelajar cemerlang SMK Aminuddin Baki tersebut sudah mempunyai sebuah biasiswa pendidikan yang bernilai RM1.3 juta! Wow!


Mf 1
sumber: instagram

Biasiswa yang diwujudkan di bawah namanya dengan kolaborasi bersama Aesthetic Skin International Institute ini akan ditawarkan kepada 100 individu yang berminat untuk mengejar cita-cita dalam jurusan Keusahawanan Kecantikan. Menurut hos baru program Nona ini, biasiswa tersebut telah diwujudkan atas inisiatifnya sendiri bersama syarikat Aesthetic Skin Group.

“Asalnya saya hanya ditawarkan menjadi duta produk institut kecantikan kulit itu saja. Namun selepas itu, saya fikirkan kolaborasi yang terjalin patut dibuat untuk jangka masa panjang dan mampu memberi manfaat bukan kepada saya saja tetapi juga orang lain.

“Daripada situlah tercetus mengenai biasiswa ini. Saya diberitahu biasiswa ini akan ditawarkan bukan untuk satu tempoh tertentu saja tetapi berterusan,” jelas Mira Filzah.

Mfffff
sumber: instagram

Malah katanya lagi, pelajar yang cemerlang dalam institusi tersebut juga bakal diberikan modal untuk memulakan perniagaan pertama mereka dalam bidang kecantikan.

“Saya harap biasiswa ini dapat memberi yang terbaik untuk masyarakat. Saya sendiri memang mementingkan soal pendidikan dan ilmu.

“Lalu saya harap apa yang saya pentingkan itu juga dapat diberi kepada mereka yang memerlukan. Saya mahu lebih ramai lagi mereka di luar sana mencipta jaya. Terima kasih di atas kerjasama ini,” tambahnya.

Mf 8
sumber: instagram
Mf2
sumber: instagram

Biasiswa Mira Filzah ini terbuka kepada mereka yang berusia di antara 18 hingga 30 tahun yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang kecantikan serta keusahawanan.

Pendaftarannya juga sudah dibuka sejak Januari lalu dan bagi mereka yang layak, anda akan mengikuti kursus selama 15 bulan sambil berpeluang untuk menjana pendapatan melalui pengenalan ilmu teori dan praktikal yang dijalankan. 

Mira yang mula dikenali semenjak berganding dengan aktor kacak Adi Putra dalam drama bersiri Cinta Si Wedding Planner kini sudah mempunyai produk kecantikan sendiri bernama Mora Essential dan mengeluarkan tudung atas jenama MF Shawls.

Mf 4
sumber: instagram

Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar biasiswa tersebut anda bolehlah ikuti perkembangannya di laman Instagram Mira Filzah sendiri atau di Instagram Aesthetic Skin. Semoga berjaya!

Baca: Jumlah Tontonan Tertinggi di Youtube, Aiman Tino Diiktiraf Malaysia Book of Records! 

Aiman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.