Mualaf Ditinggal Keluarga Selepas Peluk Islam Terpaksa Hidup Bawah Jambatan Sejak Dua Tahun Lalu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Cabaran pertama bagi seorang mualaf setelah dia memeluk agama Islam ialah untuk berhadapan dengan penerimaan orang sekeliling terhadap dirinya yang baru. Tidak semua ahli keluarga bersetuju dengan keputusan yang diambilnya, malah ada yang hidup dalam buangan kerana perbezaan dari segi kepercayaan.

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di mana gambarnya tular setelah dimuatnaik oleh pemilik akaun Twitter bernama Amirul beberapa hari lalu.

Sumber: Twitter

Menurut Amirul, lelaki mualaf ini mempunyai keluarga di Ipoh, Perak namun dia telah dipulaukan mereka selepas memeluk agama Islam beberapa tahun lepas.



Malah lebih menyedihkan apabila lelaki ini dikatakan sudah dua tahun tinggal di bawah jambatan berdekatan kawasan Puchong Jaya.

Kalau ada nampak pak cik ini dekat sekitar Puchong, hulur-hulurlah sikit ye. Kesian kena tinggal keluarga sebab masuk Islam.”  

Isteri lelaki ini juga dikhabarkan telah membawa lari anaknya ke Australia. Dia juga kurang bersetuju dengan tindakan isterinya oleh kerana budaya dan pergaulan di negara itu terlalu bebas dan tidak elok untuk pembesaran anaknya.

Oleh itu, dia memerlukan pekerjaan yang sesuai supaya dia mempunyai wang yang mencukupi untuk membawa kes penjagaan anaknya itu ke mahkamah.

Sumber: Twitter

“Pak cik ni cakap dia boleh buat kerja-kerja ubah suai rumah sebab dulu dia ada pengalaman 10 tahun dalam bidang ni.”

“Dia nak kerja secepat mungkin sebab nak bawa kes (penjagaan anak) ini ke mahkamah tapi dia takut sebab pendapatan dia tak mencukupi,” tulis Amirul lagi.



Mualaf tersebut juga sempat menasihati Amirul untuk menjaga dirinya baik-baik.

Dia juga menyebut,

Tak apa saya percaya Allah, qada’ dan qadar, Al-Quran, nabi, malaikat dan hari kiamat.”

Saya hanya perlu Allah di sisi.” 

Semoga segala urusannya dipermudahkan…

Menurut Amirul, lelaki itu mempunyai rupa kulit yang berpanau kerana kerap berjalan di tengah panas. Meskipun begitu, dia tetap teguh pada imannya dan menunaikan solat walau di mana dia berada.

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang kebanyakannya ingin menghulurkan bantuan serta berhubung secara terus dengan mualaf tersebut.



Bersyukurlah diberikan nikmat hidup selesa dari mereka yang bergelandangan. Semoga ada insan yang berhati mulia sudi membantu mualaf ini.  

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!