Model Lelaki Tayang Kehidupan Mewah Kantoi Melaram Barangan Kepunyaan Kawan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sejak kewujudan media sosial seperti Instagram dan Twitter, budaya menunjuk-nunjuk atau riak semakin menjadi-jadi. Ramai yang sedar bahawa gambar-gambar yang dimuat naik ke laman sosial hanyalah secebis daripada kehidupan sebenar pemilik akaun tersebut.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kebanyakan individu memuat naik gaya kehidupan mereka yang nampak mewah atau penuh kesenangan. Namun, seorang lelaki dari Thailand, Wachrin Tankuran, 26, baru-baru ini dikecam netizen kerana sering berlagak mewah di media sosial walaupun memiliki kad kebajikan masyarakat, lapor mStar.

Sumber: mStar

Menurut mStar, kerajaan Thailand mengeluarkan kad kebajikan masyarakat kepada warganegaranya yang berpendapatan rendah, dengan gaji minima harian THB308 (kira-kira RM40) bergantung kepada wilayah yang didiami.



Apa yang membuatkan netizen pelik, lelaki ini yang juga seorang model kerap memuat naik gambar-gambar kehidupannya yang kelihatan mewah walaupun memiliki kad kebajikan masyarakat tersebut.

Tankuran dilihat di laman Instagram sering makan di restoran mewah, menggunakan gajet berjenama Apple, memakai produk jenama mewah dan minum kopi di Starbucks. Orang tidak berduit tidak mungkin mampu melakukan perkara sebegitu.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Tidak berdiam diri dengan tohmahan yang dilontarkan kepadanya, Tankuran menjelaskan keadaan sebenar dirinya di laman Twitter miliknya. “Saya hanya orang biasa yang tak berduit, saya tak kacak atau kaya” kata Tankuran yang mengaku pernah tidak mempunyai wang selama beberapa bulan.

Sumber: Instagram

Lelaki itu menegaskan bahawa dia benar-benar hidup susah dan memberitahu bahawa kebanyakan barangan mewah yang dimuat naik di laman sosialnya adalah milik rakan-rakannya! Amboi, punyalah nak nampak mewah sampai sanggup meminjam… 

“Mengenai Starbucks, ada masanya kawan saya akan ajak minum kopi. Kadang-kadang saya tak perlu bayar kerana saya pergi bersama rakan. Semuanya mereka punya.”



Tankuran malah turut akui sering memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan kononnya dia menikmati kehidupan yang mewah itu kerana mengikut trend zaman kini. Tak payah lah ikut orang sangat.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Setelah dimaklumkan tentang hal ini, Ketua Pengarah Jabatan Audit Thailand, Sutthirat Rotanachote memberitahu bahawa pihak mereka sedang menyiasat model lelaki itu dan akan membatalkan kad kebajikan Tankuran sekiranya dia benar-benar tidak layak.

Walaupun dunia sekarang dipenuhi golongan instafamous yang sering menonjolkan kehidupan mewah, janganlah kita terikut dengan gaya hidup mereka hingga sanggup meminjam untuk menunjuk-nunjuk. Sentiasa bersederhana dan berbelanjalah ikut kemampuan masing-masing.

Baca: “Saya bukan nak riak…” – Dato’ Vida Dedah Kos Pembikinan Klip Video Cecah RM1 Juta

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.