in

“Mereka akan paksa you bayar, minimum RM20..” – Lelaki Kongsi Pengalaman Ditipu Scammer Isi Borang Survey

Scammer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pen selalunya boleh dibeli dengan harga RM1.80 sahaja sebatang. Tetapi seorang budak lelaki terpaksa membayar RM30 untuk sebatang pen! Inilah pengalaman yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Tan sewaktu dia berada di sebuah pusat membeli-belah di Cheras pada 29 Oktober lalu.


Menurut Tan, seorang lelaki dan seorang perempuan mendekatinya dan tiga orang lagi rakan kononnya dengan tujuan menyuruh mereka mengisi borang survey. Selepas selesai mengisi maklumat di borang survey, Tan dan rakan-rakannya dipaksa membayar sejumlah wang oleh lelaki dan wanita tersebut.

Lelaki dan wanita tersebut mengugut tidak akan melepaskan mereka pergi sekiranya Tan dan rakan-rakannya enggan membayar wang yang diminta. Eh, tadi kata survey je?

Scammerjalanan Surveyscammer

“Mereka akan tanya nama, tanya umur, cakap baik-baik dan kata ini hanya survey

“Tapi lepas tu mereka akan paksa you bayar, minimum RM20. Nanti mereka kata akan bagi free gift, tulis Tan di laman Facebooknya.

Bimbang sekiranya perkara buruk akan berlaku, Tan dan rakan-rakannya terpaksa membayar sejumlah wang yang diminta dan menerima sebatang pen sebagai “free gift”. Tan pada awalnya tidak mahu membuat laporan polis, namun menukar fikiran setelah digesa oleh orang ramai.

49Cc

Tan juga turut melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan pusat membeli belah berkenaan. Namun, rupa-rupanya bukanlah Tan dan rakan-rakannya sahaja yang pernah tertipu sebelum ini. Beberapa individu berkongsi dengan Tan tentang kisah mereka dikenakan oleh scammer survey ini.

Tan turut berkongsi maklumat yang diketahuinya bahawa MyTown dan kawasan berdekatan Stesen MRT Cochrane memang kini menjadi “hotspot” scammer jalanan ini.

“Mereka akan target sesiapa yang berseorangan, golongan perempuan, dan golongan remaja. Mereka juga pernah dilihat di sekitar Pavilion, Sunway Velocity, Mid Valley, dan CIMB Taman Connaught. Tolong berhati-hati semua.”

“Ada juga orang pernah nampak mereka di KLCC, Times Square, LRT Titiwangsa, LRT Wangsa Maju, dan LRT IOI Puchong Jaya,” tulis Tan lagi.

Kes penipuan ini sebenarnya sudah lama wujud dan seorang individu telah berkongsi bahawa dia pernah lihat scammer sebegini sembilan tahun yang lalu di jejantas pejalan kaki Berjaya Times Square. Berdasarkan maklumat daripada mangsa-mangsa, scammer jalanan ini selalunya bergerak berkumpulan, dua atau tiga orang, dan berpura-pura mahu buat survey.

Mereka guna taktik yang sama dari dulu hingga sekarang. Mereka akan cari sasaranpura-pura mahu buat survey dan kadang-kadang beri pen atau gelang, kemudian tanya berapa yang mangsa sanggup bayar untuk barang yang diberikan. Kebiasaannya harga minimum barangan tersebut adalah RM20.

Kebanyakan orang hanya akan bayar sahaja setelah dipaksa, tetapi ada juga enggan bayar dan berlalu pergi. Jadi korang berhati-hati lah jika ke pusat membeli-belah atau ke tempat awam ye, jangan sampai terkena dengan scammer survey seperti ini!

Baca: Respon Gadis Ini Terhadap ‘Scammer’ Yang Cuba Menipunya Memang Lucu

Bg2 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.