in

“Merecik hawau…” – Kilafairy Tidak Peduli Komen Berbaur Lucah Dari Netizen

Kila Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tidak kenal dengan Kilafairy, selebriti yang diberi jolokan ‘Angelina Jolie Malaysia’ kerana bibirnya yang mungil seperti aktres Hollywood itu. Kilafairy sememangnya memiliki potongan bentuk badan yang menarik dan langsing sehingga sentiasa menarik perhatian ramai.


Kila 7
sumber: instagram

Terbaru, Kilafairy dikatakan menerima banyak komen berbaur lucah gara-gara foto yang dikongsi menunjukkan badan melentik dan menonjolkan ‘asetnya’.

Menurut mStar, Kilafairy telah memuat naik foto tersebut di Instagram 3 hari yang lalu dan ia serta merta menarik perhatian netizen yang memfokuskan bahagian dada dan pinggulnya.

Kila 2
sumber: instagram

Difahamkan, foto tersebut dimuat naik oleh aktres berusia 25 tahun itu bertujuan untuk mempromosikan produk pelangsingan badan yang dipegangnya. Kena la posing show off badan kannn.

Seperti diketahui ramai, Kilafairy sememangnya berani tampil seksi dan sering memuat naik foto-foto yang mempamerkan bentuk badannya di media sosial. Meskipun selalu mendapat komen berbaur lucah dan tidak elok, Kilafairy bagaimanapun tidak melatah dan hanya membiarkan sahaja mereka memenuhi ruangan komen tersebut.

Kila 6
sumber: instagram

Anak kepada Rohana Jalil itu berkata bahawa dia tidak boleh menghalang apa yang orang kata atau bercakap tentangnya. Kilafairy juga turut berpendapat bahawa setiap percakapan seseorang itu juga melambangkan IQ (kecerdasan otak) mereka.

“Mulut orang tak boleh nak tutup.  Jadi, biarlah mereka nak cakap apa. Percakapan mereka itu melambangkan IQ mereka. 

“Lagipun, mereka yang juga tolong lihat karya-karya saya. Kami memerlukan satu sama lain.”

Kila 4
sumber: instagram

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengikut yang memuji kecantikan bentuk badan Kilafairy dan berpendapat bahawa aktres ini sentiasa kelihatan menawan.

“Badan awak memang dah cantik dari dulu.”

“Serius cantik sangat.”

Jika anda masih ingat, selebriti Wak Doyok suatu ketika dahulu pernah mencipta kontroversi kerana memberikan komen berbaur lucah di Instagram Kilafairy sehinggakan Rohana Jalil menegur tindakannya itu.

Macam macam la kan. Apa apa pun, semoga Kila sukses dengan kerjaya sebagai seorang selebriti ye!

Baca: Foto Berhijab Tetapi Nampak Rambut Cetus Kontroversi, Netizen Fikir Neelofa Ingin Buka Tudung

2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.