in

Menyayat Hati! Wanita Hanya Mampu Lihat Suami Dijilat Api Dalam Kemalangan Jalan Raya di Kulai

Page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada penghujung tahun, rakyat Malaysia pastinya akan merancang perjalanan untuk bercuti dengan keluarga mahupun dengan teman. Oleh itu, pengguna jalan raya sentiasa diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika menuju ke destinasi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Namun, malang tidak berbau. Kadangkala, walaupun segala langkah berjaga-jaga telah diambil, keadaan persekitaran dan kondisi pemandu lain turut menjadi antara faktor kemalangan jalan raya.

Menurut NST, telah berlaku nahas jalan raya baru-baru ini di kilometer 41 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Kulai, Johor kira-kira jam 6 pagi tadi.

Acc1
sumber: facebook

Kemalangan itu telah meragut satu nyawa, Muhammad Rusdi Yakob, 29, manakala isterinya, Salwa Atasha Muhamad, 30, dan anaknya Nuraisha Sofiah berusia 3 tahun selamat dengan kecederaan ringan, lapor Berita Harian

Apa yang lebih menyayat hati adalah apabila Salwa hanya mampu melihat suaminya mati selepas kereta Proton Persona mereka hangus dijilat api. Ya Tuhan…

Acc6
sumber: facebook

Mangsa yang memandu kenderaan tersebut tidak dapat meloloskan diri daripada kereta selepas berlaku perlanggaran kerana tersepit di kerusi pemandu.

Salwa yang duduk di bahagian hadapan dan Nuraisha yang duduk di belakang berjaya dikeluarkan daripada kereta dengan bantuan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

G1 2
sumber: facebook

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulai, Azizan Aziz memberitahu bahawa mereka telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6 pagi tadi.

Kereta itu sudah hangus sepenuhnya setibanya bomba di tempat kejadian.”

Acc8
sumber: facebook

Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat telah mengambil masa selama 45 minit bagi memadamkan api tersebut sebelum menemui mayat mangsa di dalam kereta tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Dzulkhairi Mokhtar berkata, melalui siasatan awal, mereka percaya kereta tersebut mungkin telah terlanggar treler atau lori kerana terdapat kesan remuk di bahagian depan kereta.

“Saksi mengatakan mangsa mungkin telah terlanggar bahagian belakang treler yang bergerak sebelum terbakar.”

Act3
sumber: facebook

Dzulkhairi juga memberitahu bahawa keadaan lebuhraya ketika kemalangan berlaku dalam keadaan basah dan licin disebabkan hujan.

Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat bagi tujuan bedah siasat sementara isteri dan anak mangsa yang terselamat sedang menerima rawatan di Hospital Kulai. Difahamkan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Aduhai… Takziah diucapkan kepada keluarga ini.

Baca: Pasangan Nyaris Maut Kerana Kereta Hyundai Tucson Tiba-tiba Terbakar

J

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.