in

Memalukan! Malaysia Negara Nombor 1 di Asia Tenggara Gemar Download Pornografi Kanak-kanak

Pagekk

Pernah dikejutkan dengan kisah seorang pelajar genius Malaysia yang ditangkap kerana memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak pada tahun 2015, hal berkaitan gambar dan video lucah kanak-kanak ini bukan perkara asing buat rakyat negara kita.

Baru-baru ini, tersebar kisah seorang ibu yang tergamak merelakan anak kecilnya berlakon dalam video lucah kerana kesempitan wang di Bandung. Biarpun banyak kita dengar kisah sebegini di negara seberang, laporan yang dikongsikan oleh mStar ini lebih memalukan negara.

Porn Ban22.Jpg 1718483346
sumber: telesurtv

Difahamkan, Malaysia mencatatkan bacaan alamat IP (IP address) tertinggi di Asia Tenggara dalam kes berkaitan memuat naik dan memuat turun gambar serta visual pornografi kanak-kanak. Data menunjukkan bahawa hampir 20,000 alamat IP di Malaysia yang memuat naik dan memuat turun bahan pornografi kanak-kanak. Teruknya!

Berdasarkan data yang diperolehi daripada polis Belanda yang berpengkalan di Malaysia pada tahun 2015, Pegawai Polis Diraja Malaysia dari Seksyen Siasatan Seksual, Wanita dan Anak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Ong Chin Lan mendedahkan bahawa 17,338 alamat IP yang terlibat dengan pornografi kanak-kanak adalah berasal dari Malaysia.

J4 2
gambar hiasan

Secara purata, seramai 60 orang kanak-kanak mendapat serangan seksual daripada penjenayah yang dikenali melalui internet pada tahun 2014. Jumlah tersebut meningkat kepada 117 kanak-kanak setakat Mei tahun lalu.

Jumlah peningkatan jenayah berkaitan kanak-kanak berkemungkinan disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa yang membiarkan anak mereka menggunakan telefon bimbit tanpa pemantauan. 60 peratus kanak-kanak perempuan dan 40 peratus kanak-kanak lelaki dilaporkan bertemu dengan orang yang tidak mereka dikenali secara atas talian.

J22
gambar hiasan

Memalukan! Tidak memeranjatkan alamat IP Malaysia mempunyai bacaan tertinggi berkaitan pornografi kanak-kanak jika melihatkan kes kanak-kanak diperlaku kejam secara seksual sehingga meninggal dunia. Sedih memikirkan apa dah jadi dengan negara kita ni. 

NOTA: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. 

Baca: 7 Kes Kehilangan dan Pembunuhan Kanak-kanak Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

Kes