in

Mayat Wanita Bogel Ditemui Bersebelahan Kondom Bersepah di Tapak Pembinaan Johor Bahru

Rogol Bunuh

Dunia semakin gila! Wanita mungkin tidak lagi selamat untuk keluar berseorangan dari rumah kerana keganasan terhadapnya makin menjadi-jadi sejak akhir ini. Nampaknya skill taekwando masa sekolah dulu kena gilap semula ni!

Baru-baru ini, China Press telah melaporkan bahawa pihak polis telah menemui mayat seorang wanita di atas kawasan rumput dekat tapak pembinaan di Johor Bahru. Tapak pembinaan tersebut pula terletak berhadapan dengan Grand Blue Wave Hotel, yang mana ia merupakan pusat perniagaan dan membeli belah di Johor Bahru.

Naked Female Body Found In Johor Bahru Construction Site With Multiple Condoms World Of Buzz 1
sumber: china press

Mayat wanita tersebut telah ditemui dalam keadaan bogel dan dipercayai dibuang di kawasan itu beberapa hari yang lepas berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput.

[sociallocker id=1666]

Tapak pembinaan tersebut pula dikelilingi oleh tumbuhan liar dan trek yang kotor, yang mana mungkin menyebabkan keberadaan mayat yang sudah beberapa hari di situ tidak diketahui orang awam.

Naked Female Body With Multiple Condoms Found In Johor Bahru Construction Site World Of Buzz 1
sumber: china press

Walau bagaimanapun, pihak polis masih tidak dapat mengenalpasti identiti mangsa yang kemungkinan berketurunan Cina.

Naked Female Body With Multiple Condoms Found In Johor Bahru Construction Site World Of Buzz 2 1
sumber: china press

Buat masa sekarang, pihak polis masih lagi menyiasat punca dan motif di sebalik kematian wanita tersebut. Namun berdasarkan laporan dari China Press, kemungkinan besar ia merupakan kes rogol dan bunuh.

Hal ini kerana beberapa sarung kondom telah ditemui berdekatan dengan mayat wanita tersebut. Pun begitu, ia masih belum dapat dipastikan dan pihak polis masih menjalankan siasatan.

[/sociallocker]

Buat wanita di luar sana, berhati-hatilah! Elok persiapkan diri anda dengan ilmu mempertahankan diri untuk masa depan yang lebih selamat. 

Baca: Gadis India Mati Tengkorak Dihentak Bata Selepas Dirogol Beramai-ramai

Tengkorak Pecah