“Mata pedih, kabur dan berair..” – Mata Gadis ‘Rosak’ Selepas Pakai Contact Lens Ini

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sudah menjadi trend remaja sekarang dengan memakai kanta lekap atau lebih dikenali dengan panggilan contact lens. Tak kira mereka rabun atau pun tidak, pasti mereka mahu mencuba memakainya, lebih-lebih lagi ia mempunyai pelbagai warna yang menarik. Tetapi mereka tidak mengambil berat dalam penjagaan contact lens ini dan ada juga yang berani membelinya di kedai-kedai biasa.

Tular perkongsian gadis ini di Facebooknya, di mana dia berkongsikan kisahnya apabila mengalami sakit mata yang teruk akibat daripada contact lens.

“Sebelum ini baca kisah orang, kali ni terkena kat diri sendiri”

Sumber: Facebook

Menurut Nik Nur Adibah, dia memakai lens tersebut seperti selalu. Tetapi pada hari itu, tiba-tiba matanya berasa sakit selepas 2 hingga 3 jam memakainya. Tetapi dia tidak terus membuang lens tersebut memandangkan ketika itu dia sedang berada di luar. Tiba sahaja di rumah pada jam 8 malam, dia terus membuang lens tersebut dan matanya mula kabur.



Keesokkan harinya, matanya masih lagi kabur walaupun sudah memakai cermin mata. Selepas itu, tiba-tiba mata sebelah kanan terasa sakit dan tidak selesa. Seolah-olah ada benda asing di dalam matanya. Lantas dia terus membasuh matanya dengan air.

Sumber: Facebook

“Mata sakit lagi dan jadi berair. Mata sebelah kanan tak dapat nak buka macam biasa, boleh buka sikit dan akan berair dan sakit balik”

Katanya, dia turut cuba untuk titiskan eye mo tetapi sakitnya masih tidak hilang, malah semakin teruk.

“Banyak huruf tak nampak. Masa ini memang tak boleh kena cahaya langsung. Jalan sambil tutup mata dan pimpin tangan ma”

Dek kerana gusar dengan keadaan itu, dia terus pergi ke klinik dan mendapati bahawa matanya terdapat kesan garisan tercalar. Lantas doktor titiskan ubat serta krim pada matanya dan minta untuk dia datang semula ke klinik pada keesokkan harinya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Hari demi hari, matanya semakin pulih. Perlahan-lahan matanya dapat dibuka dan sudah boleh lihat cahaya. Bahagian saraf matanya juga sudah pulih sepenuhnya. Difahamkan, sebelum ini gadis tersebut membeli contact lens daripada optimetrist tetapi selepas itu dia hanya membeli lens di kedai-kedai biasa.

Doktornya turut berpesan,



“Kalau boleh jangan pakai contact lens, sebab cara jaganya susah dan mata mudah terkena jangkitan. Plus, jangan pakai contact lens yang sembarangan tanpa kelulusan. Seeloknya pakai cermin mata berbanding contact lens

Nak pakai contact lens boleh, tapi kenalah ikut cara jaga contact lens tu.. Mata tu kan dunia kita..

Baca: “MasyaAllah hitam kan menawan” – Netizen Harap Putihkan Alat Sulit Tidak Jadi Trend di Malaysia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.